Buat Konten Rakan Hilang Di Hutan, Michael Ang Bengang Pempengaruh Malukan Nama Negara – “Sila Tahan Mereka Bila Balik Sini”

Hiburan

Buat Konten Rakan Hilang Di Hutan, Michael Ang Bengang Pempengaruh Malukan Nama Negara – “Sila Tahan Mereka Bila Balik Sini”

Pengarah terkenal, Michael Ang berang dengan tindakan sekumpulan pempengaruh yang sanggup membuat berita palsu mengenai kehilangan rakan mereka di dalam hutan yang terletak di Indonesia, baru-baru ini.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Michael menganggap tindakan sekumpulan pempengaruh itu sebagai satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

Advertisement

Pertama Kali Solat Berjemaah Di Set Penggambaran, Michael Ang Dedah Tiada Niat Nak Menunjuk

Pengarah itu berkata, permohonan maaf sahaja tidak mencukupi kerana perbuatan mereka itu sangat memalukan dan mencemarkan nama negara.

‘These idiots’ dah memalukan Malaysia, nak buat content pun tak akan lah sampai buat ‘hoax’ (menipu).

 

Mana otak? Dah buat salah sekadar minta maaf?

 

Maaflah, bapa-bapa(anggota) polis Indonesia, sila sumbat mereka dalam penjara ya, kasi ajar sikit.

Dalam pada itu, dia turut menggesa pihak kerajaan Malaysia untuk menahan kesemua pempengaruh itu apabila pulang ke tanah air.

@amnazhan SYUKUR ALHAMDULILLAH TEAM @ ★ᴡꜰᴘ★ BERJAYA JUMPA EYKA SETELAH 3 HARI !! ALLAHUAKBAR !!! TERIMA KASIH INDONESIA & MALAYSIA @TIM TROBOS MITOS ♬ original sound – Ammar Nazhan

Malah, dia turut meminta agar Kementerian Komunikasi untuk mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap kesemua pencipta kandungan tersebut kerana menyebarkan berita palsu demi meraih populariti.

Dan, kerajaan Malaysia sila tahan mereka bila balik sini. Dah buat satu Malaysia malu ini, agak-agaklah nak buat duit dan tambah pengikut.

 

Tiba masanya Kementarian Komunikasi ambil tindakan terhadap orang-orang yang buat berita palsu macam ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat Michael yang menganggap kesemua pempengaruh itu telah memalukan negara.

caprice dakwa eyka hilang dalam hutan itu fake
24 hours ago

Tular Isu Pempengaruh Hilang Di Hutan, Caprice Dakwa Ia ‘Fake’ - “Talent Agency’ Sahkan Ia Palsu”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...