Buat Kek Hanya Guna 2 Bahan Ini, Resipi Istimewa Gadis Bujang Untuk Tambat Hati Bakal Mertua

Trending

Buat Kek Hanya Guna 2 Bahan Ini, Resipi Istimewa Gadis Bujang Untuk Tambat Hati Bakal Mertua

Baru-baru ini media sosial kecoh sekejap apabila seorang wanita berkongsi mengenai cara buat kek kukus dengan hanya dua bahan mudah sahaja.

Advertisement

Pada mulanya macam tidak boleh diterima akal memandangkan asas untuk membuat kek memerlukan bahan seperti telur dan tepung. Tetapi bagaimana wanita ini boleh menghasilkan kek kukus yang sedap dengan hanya dua bahan iaitu biskut dan susu?

Jom tengok apa resepi yang beliau gunakan..

Bahan-Bahan:

1. Dua Bungkus Biskut Oreo
2. Sekotak Susu Coklat (250ml)

Cara Membuat:

1. Masukkan susu dan Biskut Oreo ke dalam mesin pengisar (blender). Pastikan blender bebas dari bau bawang dan lada.

2. Kisar seperti dalam gambar.

3. Isi la adunan dalam bekas apa apa pun dan kukus. Kalau nak tahu masak ke belum, cuba cucuk guna garfu. Kalau masih ada adunan yang melekat pada garfu tu bermakna kek oreo kita belum masak. Kukus lagi.

4. Ini selepas siap kukus, ermmmm moist gittuuuu. Biar dia rest sejuk dulu sekejap.

5. Akhir sekali, tuang la topping apa-apa pun, tak letak topping pun takpa. Sedap

Kek oreo dua bahan, yang bahagian topping tu saya double boil chocolate.

Macam tidak boleh diterima akal,tapi apa salahnya kalau anda mencuba kan?

Terutama anda yang ada ‘plan’ untuk jumpa bakal mertua. Setidaknya bila berikan kek kukus sebegini mana tahu, hati mereka lebih cair seperti aiskrim. Silap hari bulan terus tunang! Hehe.

Bukan mahal pun kos yang diperlukan. Rm10 sahaja untuk beli dua bahan ni. Itu pun ada duit baki lagi. Tak cuba tak tahu. Sekali dah cuba mesti nak selalu!

Selamat Mencuba!

Sumber: Hana Ramli

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...