Buat Kejutan Sambutan Hari Jadi Di Hotel, Shuib Hadiahkan Jam Tangan Mewah Buat Siti Sarah

Hiburan

Buat Kejutan Sambutan Hari Jadi Di Hotel, Shuib Hadiahkan Jam Tangan Mewah Buat Siti Sarah

Jelas kelihatan bahawa Shuib seorang yang romantik apabila lelaki itu mengadakan kejutan untuk isteri tersayang dengan menyambut hari jadi Siti Sarah di sebuah hotel di Subang Jaya kelmarin.

Lebih mengharukan apabila pelawak itu menghadiahkan jam tangan mewah kepada isterinya malah Siti Sarah sendiri mengakui bahawa ianya antara hadiah paling mahal pernah diberikan oleh suaminya.

Advertisement

“Saya hargai pemberian suami. Jika hendak diikutkan, saya bukan jenis materialistik. Kalau orang tak suruh beli atau belikan untuk saya, memang tidaklah saya berbuat demikian.”

shuib hadiahkan jam tangan mewah buat siti sarah

Jelas Siti Sarah lagi, dia hanya pernah membeli tas tangan berjenama sebagai ganjaran untuk dirinya sendiri selepas bekerja keras.

Sempat berseloroh, katanya dia terpaksa belajar memakai jam tangan bermula daripada hari ini memandangkan ia bukanlah sesuatu kebiasaan baginya.

“Saya bukan suka pakai aksesori termasuk jam tangan sejak zaman sekolah. Tetapi sekarang, kenalah mula pakai jam tangan.”

Menurut Shuib, dia mempunyai alasan yang kukuh kenapa memilih untuk menghadiahkan jam tangan mewah kepada isterinya.

“Sebelum ini, saya paksa isteri pakai gelang emas biarpun tahu dia tidak suka aksesori. Sekarang saya hadiahkan jam tangan supaya dia boleh aturkan masa dengan baik.”

shuib hadiahkan jam tangan mewah buat siti sarah

Tambah Shuib lagi, Siti Sarah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam urusan perniagaan kecantikannya. Walhal syarikat mereka hampir gulung tikar pada tahun lalu.

Bukan sahaja Siti Sarah yang dapat habuan, rupanya Shuib yang genap berusia 36 tahun pada Sabtu lalu turut menerima hadiah beg sandang berjenama daripada isteri kesayangan.

Patutlah bahagia sahaja pasangan ini, tak pernah lokek membuatkan masing-masing bahagia.

Sumber: Berita Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...