Buat Kejutan Kek Berbentuk Lipas, Ruhainies ‘Mengusik’ Risteena Sempena Hari Jadi Ke-31

Hiburan

Buat Kejutan Kek Berbentuk Lipas, Ruhainies ‘Mengusik’ Risteena Sempena Hari Jadi Ke-31

Khamis lalu, pelakon Ruhainies ada berkongsikan momen indah ketika menyambut hari lahir kakaknya yang juga pelakon, Nur Risteena.

Namun yang menarik perhatian adalah apabila Ruhainies meraikan hari jadi Risteena dengan memberi kejutan ‘istimewa’ iaitu kek berupa seekor lipas.

Advertisement

Kek yang ditempah khas itu ternyata telah membuatkan Risteena terkejut dan ketakutan pada awal kemunculan Ruhaines bersama kek itu.

Video pendek itu telah dikongsikan Ruhainies menerusi Instagram miliknya dan dia turut menjelaskan mengenai ketakutan kakaknya kepada serangga itu.

View this post on Instagram

A post shared by @ruhainies7

“Suprise! Hahaha happy birthday sweet 18 Nur Risteena, I hope you love the surprise. i memang dah lama plan cake ni specially order for Risteena. Sebab dia dari kecik lagi punya takut lipass tu kalau jerit boleh gegar bangunan. Korang rasa dia makan tak cake tu?”

Dalam entri berkenaan, Ruhainies turut sempat mengucapkan terima kasih kepada pembuat kek yang telah merealisasikan impiannya untuk memperoleh manisan berupa seekor lipas besar.

Turut kelihatan menyambut hari bahagia itu bersama-sama pasangan adik beradik ini ialah ahli keluarga pelakon berkenaan dan juga tunang Risteena iaitu Isa Khan yang setia menemani.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...