Sedia maklum, pada zaman ini isu kewangan merupakan antara masalah yang dihadapi oleh sesetengah pasangan yang ingin berkahwin.
Bukan hanya mas kahwin dan duit hantaran, kos untuk mengadakan majlis persandingan juga harus difikirkan oleh mereka.

gambar hiasan
Namun, pengantin lelaki pastinya akan lebih terbeban sekiranya perlu menanggung majlis sanding yang ingin diadakan oleh keluarga pengantin wanita.
Susulan itu, seorang pempengaruh yang dikenali sebagai Zarul Hafiz tampil memberi nasihat kepada orang ramai agar tidak terlalu meletakkan beban kepada pihak pengantin lelaki.

gambar hiasan
Menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok, Zarul berkata demikian kerana pihak lelaki harus menanggung kos dipihaknya juga.
Tolong berhenti normalisasikan yang pengantin lelaki kena kerja keras berhabisan uit untuk tanggung majlis perkahwinan belah pengantin perempuan.
Kata Zarul, dalam Islam, majlis perkahwinan yang disunatkan adalah bagi pihak keluarga pengantin lelaki sahaja.
Dia turut menjelaskan tiada masalah jika pengantin perempuan juga ingin membuat majlis bagi pihak mereka, namun itu adalah tanggungjawab ibu bapa wanita berkenaan.
Kalau kita nak buat majlis, buat lah ikut kemampuan diri kita, bukan buat mewah-mewah tapi guna duit menantu (pengantin lelaki) kita melainkan menantu kita sudah sedia maklum bahawa duit hantaran itu akan digunakan untuk kenduri belah perempuan.
@zarul.hafiz Jika ada pendapat korang boleh lontarkan juga😊 #fyp #TikTokGuru ♬ Heart touching sad piano – Yuda Pratama
Tambahnya, ibu bapa pengantin perempuan juga perlu ambil tahu jika bakal menantu mereka terpaksa melakukan lebih daripada satu pekerjaan demi menanggung kos majlis perkahwinan yang bakal diadakan.
Dia turut menyuarakan pandangannya bahawa wang hantaran adalah hadiah buat pengantin perempuan, dan bukannya untuk kegunaan keluarga pihak wanita.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang berkenaan di bawah.