Buat Iklan L*cah, Jenama Elektrik Terkenal Dikecam Netizen, Tunggu Agamawan Tegur

Berita

Buat Iklan L*cah, Jenama Elektrik Terkenal Dikecam Netizen, Tunggu Agamawan Tegur

Sebelum ini tular di media sosial mengenai bungkusan produk tuala wanita sebuah jenama terkenal dikecam hebat kerana didakwa menyerupai alat sulit wanita.

Funfair
2 years ago

Lelaki Maut Terjatuh 'Ferris Wheel' Tapak Pesta Ria Di Cheras, Semalam

Advertisement

Terbaru, terdapat satu lagi jenama alat elektrik terkenal dikatakan sengaja mencetuskan kontroversi melalui iklan produk mereka sehingga menimbulkan kekecohan di dalam kalangan netizen.

Difahamkan, jenama tersebut telah memaparkan buah rambutan dan buah laici yang diibaratkan seperti kemaluan lelaki yang berbulu sebelum dan selepas menggunakan produk elektrik ‘body hair trimmer’ keluaran mereka.

 

Meskipun terdapat pelbagai respon daripada pengguna warga maya, iklan tersebut seakan berjaya menarik peminat pengguna dalam kalangan kaum lelaki yang bertanyakan di manakah mereka boleh mendapatkan alat tersebut.

Dalam pada itu, ada juga netizen yang menunggu reaksi daripada agamawan iaitu di kalangan ustaz dan ustazah mengenai patut atau tidak gambar-gambar yang digunakan jenama elektrik terkenal berkenaan bagi tujuan melariskan produk tersebut.

Komen Ball ShaverSumber : Twitter  

Ia mendapat reaksi luar biasa terutamanya kaum wanita yang kebanyakannya tidak berpuas hati dengan penerbitan iklan tersebut namun berbeza bagi bungkusan tuala wanita yang tular sebelum ini.

Apa pendapat anda? Adakah iklan tersebut boleh diklasifikasikan sebagai tidak patut dan sensitif?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...