Menerusi laman sosial Twitter, penyanyi yang sememangnya dikenali begitu lantang bersuara tentang isu Palestin, Faizal Tahir menyelar peguam terkenal.
Berdasarkan hantaran dimuat naik Faizal, dia telah mempersoal kenyataan Siti Kasim berhubung isu Israel di mana dia berkata Yahudi sudah menduduki negara tersebut sebelum agama Islam wujud.
Dek kerana kenyataan panas tersebut, Faizal Tahir menyelar Siti Kasim dan mempersoal tentang kejahilan peguam yang sering mencipta kontroversi itu kerana mengeluarkan kenyataan sedemikian.
Apakah level kebodohan dan kejahilan ini? Apakah level menjilat ini?
Tuan2 dan puan2, apakah level kebodohan dan kejahilan ini? Apakah level menjilat inj? Tolong saya sebab saya tak jumpa jawapan kepada level kebodohan dan kejahilan ini. https://t.co/mZSHn44CaQ
— Faizal Tahir (@faizal_tahir) October 17, 2023
Sudah tentu, kenyataan Siti Kasim itu meraih perhatian dan mengundang banyak kecaman daripada warganet memandangkan isu Israel-Palestin ini sangat sensitif.
Sementara itu, sesetengah pengikut Faizal Tahir menasihatinya untuk tidak berinteraksi dengan Siti Kasim serta jangan hiraukan peguam berkenaan.