Buat Hantaran Fitnah, Rafidah Ibrahim Diperintah Bayar RM250K Kepada Usahawan Bergelar Datuk

Kehidupan

Buat Hantaran Fitnah, Rafidah Ibrahim Diperintah Bayar RM250K Kepada Usahawan Bergelar Datuk

Pelakon Rafidah Ibrahim telah diperintah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membayar saman fitnah terhadap seorang usahawan sebanyak RM250,000.

Hantaran fitnah itu dilaporkan dibuat Rafidah di media sosialnya tiga tahun yang lalu.

Advertisement

Difahamkan, Rafidah telah memfitnah Datuk Haris Embong berkaitan keengganan syarikat yang menjual produk sejuk beku itu membayar hasil kerjanya setelah diberhentikan pada Ogos 2021.

Hakim Mohd Johan mendapati hantaran yang dibuat Rafidah selaku defendan adalah satu fitnah.

Perkataan yang digunakan defendan telah mendedahkan plaintif dengan kebencian, cemuhan, penghinaan dan menggunakan perkataan yang merendahkan maruah plaintif-plaintif di mata awam.

Defendan juga telah mengajak pembaca-pembaca dalam hantaran itu untuk menjauhi plaintif-plaintif.

Sementara itu, mahkamah turut menolak tuntutan balas yang difailkan Rafidah terhadap Haris dan syarikatnya antaranya wang sebanyak RM4,000 bagi gaji tertunggak bulan Ogos 2021 termasuk bayaran ganti notis selain dikenakan perintah injuksi terhadap Rafidah.

Haris yang ditemui selepas prosiding menarik nafas lega dengan keputusan mahkamah setelah hampir tiga tahun dicemuh akibat hantaran fitnah tersebut.

“Dengan keputusan hari ini dapat membersihkan nama saya dan syarikat. Tiga tahun saya berada dalam ‘alam kegelapan’ dan orang memandang serong terhadap perniagaan saya” katanya ketika ditemui media.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Lelaki tegur restoran buat content hina OKU
5 months ago

Restoran Makanan Laut Dikecam Buat 'Content' TikTok Hina Fizikal Golongan OKU

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...