Pelakon Fatin Afeefa dilihat ada membuat pendedahan mengenai sikap bekas suaminya, pelakon Adam Shahz di TikTok.
Dia yang bengang dengan sikap Adam memaklumkan bahawa bekas suaminya itu sengaja mahu menabur fitnah dan suka menipu mengenai soal pemberian nafkah anak-anak.
Difahamkan, Adam ada memuat naik beberapa hantaran di Instagram Story di mana dia kesal dengan sikap Fatin yang gemar ke kelab malam dan berpakaian seksi serta seolah-olah mengabaikan anak-anak.
Satu hari kawan saya tunjuk pada saya gambar-gambar seksi ibu pada anak-anak saya dengan lelaki lain di pub di media sosial. Saya risaukan anak-anak saya.
Malah, Adam juga berhasrat untuk mengumpul bukti sebelum dibawa ke mahkamah untuk tuntutan hadhanah.
Tidak mendiamkan diri, Fatin kemudiannya berkongsi komen yang ditinggalkan di hantaran Adam setelah ia dipadam oleh aktor itu.
Fatin juga mendakwa Adam tidak pernah memberi nafkah kepada anak-anaknya selama empat tahun.
Dah la menipu, ajak orang tambah dosa, fitnah lagi. Itu je la mampu pun. Dah tua dah, dah dah la tu, move on la, 5 tahun dah. Kesian la kat girlfriend tu, tak habis-habis dengan ex-wife.
Sekadar info, Fatin Afeefa dan Adam Shahz telah mendirikan rumah tangga pada 2013 namun bercerai pada tahun 2017. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.