“Buat Fitnah Sampai Puas Hati Tu” – Khai Bahar Nafi Dakwaan Semakin Liar Dan Kerap Ke Kelab Malam

Hiburan

“Buat Fitnah Sampai Puas Hati Tu” – Khai Bahar Nafi Dakwaan Semakin Liar Dan Kerap Ke Kelab Malam

Penyanyi Khai Bahar tampil memberi respon mengenai dakwaan dia kini semakin liar dan kerap berparti setelah kehilangan ibu tersayang tempoh hari.

Maklum Khai, dia tidak lagi menghadiri sebarang parti seperti yang didakwa semenjak kematian ibunya.

Advertisement

Khai menafikan segala dakwaan berbaur fitnah

Saya tak kata saya seorang yang baik. Saya tak ambil kisah apa benda yang kawan-kawan saya nak buat. Saya jumpa mereka pun untuk sambut hari jadi dan makan-makan sahaja. Itupun saya kurang berjumpa dengan mereka apabila mak saya sakit sekitar awal 2022.

Lepas emak sakit, saya terus berhenti pergi karaoke dan lepak. Fokus utama saya kepada mak. Saya tak pergi sana sini. Sebab benda itu melalaikan saya untuk melupakan mak saya.

“Ada karaoke, tapi di rumah sahaja”

Jelasnya lagi, dia ada mengajak rakan-rakan untuk datang ke rumah berhibur dan berkaraoke dan menafikan segala dakwaan fitnah terhadap dirinya itu.

Karaoke sahaja dakwaan parti itu tidak benar. Pandangan orang tengok karaoke itu lain-lain. Bilik murah lain, mahal lain. Perkara ini dah dua tiga tahu lepas timbul.

Sekarang saya memang tiada hati langsung, kosong dan fikir arwah mak saya. Saya rasa semua benda macam ‘stuck’.

Tak kisah dengan segala fitnah

Tambah Khai, dia tidak kisah dengan tohmahan dan fitnah yang dilemparkan terhadapnya sebelum ini sehingga ada yang menuduhnya meminati kaum sejenis.

Penyanyi lagu Luluh itu juga memaklumkan dia masih berhubung dan bersahabat dengan rakan-rakan yang sentiasa menyokongnya dari dulu sehingga kini.

“Ikut suka asalkan orang buat fitnah itu puas hati sampai dia penat dia akan berhenti. Nak berlawan balik pun tiada faedah. Siasat la sampai dapat, saya tak buat apa pun.” ujarnya lagi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Ustaz Don Hadis Palsu
7 months ago

"Tunggu Beliau Jawab Sendiri" - Pengurus Respon Desakan Awam Mohon Ustaz Don Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : OhBulan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...