Buat Demonstrasi Di Kampung Sg. Baru, Menteri Tegur Tindakan Rafidah – “Nak Negara Kita Ini Tidak Aman?

Berita

Buat Demonstrasi Di Kampung Sg. Baru, Menteri Tegur Tindakan Rafidah – “Nak Negara Kita Ini Tidak Aman?

Baru-baru ini, menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa telah mempersoalkan tindakan pelakon, Rafidah Ibrahim membuat demonstrasi susulan operasi pengosongan Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur dilakukan beberapa hari lalu.

“Nak negara kita ini tidak aman?”

Dr Zaliha mempersoal tindakan Rafidah yang mengajak masyarakat lain terutama orang Melayu untuk melakukan demonstrasi.

Advertisement

Tegas menteri tersebut, sesuatu isu itu pasti boleh diselesaikan dengan secara baik serta aman di negara kita ini.

rafidah

Kenapa kita nak negara kita ini tidak aman? Kenapa kita tak boleh laksanakan atau pun selesaikan perkara ini dengan baik? Kenapa kita nak sehingga negara kita jadi macam itu? Kita ini bersusah payah nak memastikan keamanan negara kita tetapi masih ada juga pihak-pihak yang macam itu.

Yakin ada cara nak selesaikan isu dengan baik

Beliau turut berasa yakin, rakyat Malaysia mahu mengekalkan keamanan di negara ini dan elak menjadi seperti di negara-negara luar yang menjadi hura-hara akibat demonstrasi.

dr zaliha

Disebabkan itu, Dr Zaliha tidak bersetuju jika perkara seperti ini dijadikan sebagai satu isu sehingga membuatkan negara menjadi tempat yang tidak aman.

rafidah
2025-09-11 12:31:37

Pihak Berkuasa Pecahkan Pintu & Bawa Keluar Barang Di Kampung Sg Baru, Rafidah Meraung - "Anak Aku Dekat Atas! Jahatnya Orang Melayu"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...