Baru-baru ini, seorang pempengaruh berasal dari negara Indonesia ‘kantoi’ melakukan hal tidak senonoh dan jijik demi meraih followers di laman TikToknya.
Individu yang bernama Popo Barbie itu telah pun ditahan oleh pihak polis atas kesalahan melakukan onani terhadap satu patung di Jambi.
Difahamkan dari laporan, TikToker berkenaan sengaja melakukan perbuatan jijik itu di laman media sosial hanya kerana mahu meraih pengikut serta faktor kewangan.
Melalui laporan Detik.com, Popo Barbie yang berusia 27 tahun itu telah merakam diri sendiri beronani bersama patung sebelum menyebarkan ia di aplikasi WhatsApp.
Pada awalnya, individu terbabit enggan mengaku melakukan perkara jijik itu sebelum pihak polis mengeledah telefon bimbit serta menjumpai patung yang digunakan.
Kini, Popo ditahan atas kesalahan menyebarkan konten pornografi di Internet