Ramai dah mula mengikuti trend video lagu raya terbaru nyanyian De Fam bertajuk Alamak Raya Lagi di TikTok dan rakan selebriti turut tidak ketinggalan.
Penyanyi Yasmin Aziz berkongsi video dia menyanyikan lagu itu pada bahagian chorus namun ia mendapat perhatian warganet disebabkan hal lain pula.
Lain pula netizen perasan?
Meskipun tidak membuat trend tarian tersebut tetapi nyanyian Yasmin dipuji sedap malah penyanyi asal, anggota kumpulan De Fam Azira Shafinaz turut memujinya.
Bagaimanapun, sesetengah individu sebaliknya memfokuskan hal lain serta ternampak tanda merah di leher Yasmin dan mendakwa ianya merupakan love bite.
Banyak love bite. Dosa ditayangkan umum.
Dalam pada itu, segelintir individu menyelar netizen yang bersangka buruk malah mengkritik mereka kerana tidak tahu membezakan love bite dengan kesan merah.
Netizen toksik dan pemikiran kotor. Asal merah je love bite. Habis tu orang yang ada eczema nak kata apa?
Bukan love bite lah!
Menerusi video yang lain, Yasmin yang menyedari tentang kritikan terhadapnya itu membuat penjelasan dan memaklumkan kesan merah berkenaan bukanlah seperti disangka.
What love bite ah? Ada nyamuk gigit saya la masa tu. Saya geram ini, tapi sabar, puasa.
@yazminaziz Baju raya dah beli tak?? 😌 #fyp #MusikDiTiktok #MuzikMalaysia #SoundsOfSEA ♬ original sound – Yazmin Aziz