Sambutan Hari Kebangsaan 2017 akan diadakan di Dataran Merdeka pada 31 Ogos ini manakala Hari Malaysia pula pada 16 September di Kota Kinabalu, Sabah.
Sebanyak 12 program utama akan menjadi pengisian Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2017 di antaranya
Kayuhan Merdeka, Doa Untuk Malaysia, Ambang Merdeka dan Karnival Hari Malaysia
Sambutan Hari Kebangsaan kali ini bakal menampilkan kelainan dengan menghidupkan semula sambutan Hari Kemerdekaan pada 1957.
Tema yang digunakan pada tahun ini adalah “Sehati Sejiwa”
Sehati Sejiwa mencerminkan Kesepaduan, Kesefahaman, Kekitaan dan Kemanusiaan seluruh rakyat di Malaysia
selain melambangkan semangat kesepaduan yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada
Namum ada segelintir rakyat yang tidak berpuas hati akan Logo yang digunakan untuk merdeka kali ini dan mengganggap Ijazah yang diperolehi oleh pereka grafik di Malaysia adalah sia sia.
Jika dilihat pada logo di atas, mungkin iya kerana logo yang digunakan adalah terlalu simple. Tidak membawak maksud seperti logo yang digunakan sebelum ini yang menampilkan rekkaan dan unsur yang membawa maksud. Kecuali Logo Merdeka ke-55 lah, Yang tu teruk sangat.
Logo merdeka tahun ni. *nangis sambil koyakkan sijil Bachelor in Art & Design (Hons.) Graphic Design & Digital Media pic.twitter.com/GbYV5DUNOk
— Cik Senah Ronggeng (@ciksenah) July 26, 2017
Sir Azri ni siapa? Tp mmg betul pun logo merdeka tahun ni sampah. Kalau mcm ni hasil baik upah aku je. Pakai paint pun boleh buat
— Bens (@IMNZNL_) July 27, 2017
Kau nampak tak logo merdeka negara seberang @Sir_Azri? Simple tapi padu. Bukan crop dari bendera sendiri. Mohon hantukkan kepala di dinding https://t.co/r9YhmSU3lA
— Cik Senah Ronggeng (@ciksenah) July 27, 2017
Aku pon patriot macam ko gak. Sakit hati tengok dah 60 tahun merdeka tapi bakat design tempatan diperlekehkan
— Dafrosty (@Dafrosty) July 26, 2017
Kes ini membuatkan seorang Pengguna di twitter melakukan contest bagi mengumpul logo Merdeka 2017 yang menarik. Hadiah yang disediakan adalah RM300 beserta t-shirt Reebok Original
logo hari kebangsaan edisi twitterjaya. tarikh tutup 15 ogos. hadiah (setakat ni) RM10. tema : True Malaysia. RT dan sebarkan
— – (@bumilangit) July 26, 2017
hadiah terkumpul sekarang dah naik rm300 + tshirt reebok ori. iA poster akan keluar asap dan pengadil profesional juga telah dilantik
— – (@bumilangit) July 27, 2017