Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Buat-Buat B*doh..”- Datuk Prof Dr. Muhaya Mohon Maaf Di Instagram

Prof Muhaya

Penceramah bebas dan juga pakar mata, Datuk Prof Dr. Muhaya Mohamad tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan daripada tularnya video yang memaparkan dia memberi nasihat mengapa wanita lambat dapat jodoh sehingga menerima kritikan hebat daripada netizen.

Permohonan maaf itu dibuat Muhaya menerusi sebuah hantaran di Instagramnya, semalam.

Advertisement

Dia yang membahasakan diri sebagai Bonda dalam kenyataannya menjelaskan bahawa video tular berdurasi 56 saat itu adalah potongan sesi siaran langsung selamat 45 minit di media sosialnya yang dibuat sekitar 6 Februari lalu.

“Secara terknikalnya, ini adalah video lama. Bagaimanapun Bonda faham klip yang telah disunting kepada 56 saat ini telah menimbulkan pelbagai reaksi kurang senang dalam masyarakat, terutamanya kaum wanita sehingga menimbulkan persoalan, perbalahan dan sangkaan.”

Justeru itu, Muhaya kemudian memohon maaf dan turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mengambil berat tentang isu terbabit termasuklah pihak media.

Advertisement

Terdahulu, sebuah video dari akaun media sosial Prof Muhaya yang mengulas mengenai punca wanita lambat dapat jodoh telah tular di media sosial berikutan kenyataan ‘perlu menjadi bodoh sedikit’ untuk segera mendapat pasangan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

10 Comments

  1. Anonymous

    June 11, 2021 at 4:23 pm

    Sy lecturer in linguistic ade discuss dgn rakan sekerje lain & bg kami bukan berkias. Tp bile dh viral mule la plot twist berkias bagai. Bak kate org tersalah perahu boleh di undur. Kalau die suruh wanita turunkan ego itu betul. Tapi kene ingat, turunkan ego dgn buat2 bodoh adalah perkare yg berbeza. Dan dr muhaya sndiri ego masih tinggi dlm memohon maaf apibal meminta mereka yg inginkn penjelasan untuk melihat youtube channel beliau. Ini bukan bijak tp manipulate (menggunakan org lain/keadaan utk kpentingan diri sendiri bukan sesuatu yg bijak). Kpd wanita di luar sane, jadilah diri sendiri & dlm mase yg same sentiase berusaha belajar untuk berubah ke arah yg lebih baik. Percaye dengan qada’ qadar Allah. Banyakkan berdoa & berserah pd Allah disamping berusehe.

    Kalau Allah tentukn x de jodoh, BUAT2 BODOH pon tetap x de jodoh

    Kalau Allah tentukn ade jodoh, TAK BUAT2 BODOH pon tetap ade jodoh

    Yg penting percaye pd Allah yg akn bg kite jodoh tepat pade masenye

    JODOH, AJAL MAUT DI TANGAN TUHAN

  2. penonggeng agama

    June 11, 2021 at 12:54 pm

    Akhirnya prof jugak yg untung. amik kesempatan promote youtube channel dia haha. nak explanation kena gi view youtube dia. skrg sape yg bodo? haha

  3. Anonymous

    June 11, 2021 at 10:37 am

    x payah mohon maaf la prof.. btul dah prof brkias tuu.. cume mereka tu x fham bahasa.. tu laa trlalu lama sgt single.. kan dah meroyan n x keruan..

    • Awareness

      June 11, 2021 at 12:15 pm

      Hahaha tergelak baca. Betul la tu.. diaorg tak bodoh sikit sbb tu diaorg melenting

    • adafaf

      June 11, 2021 at 3:19 pm

      entahnya diaorg ni semua takkan tak faham maksud prof tu semua yang kahwin ni semua bodoh-bodoh belaka sebab tu boleh kahwin. so yang single jangan terasa. yang patut terasa yang dah kahwin ni semua sebab bodoh

  4. anon2000

    June 11, 2021 at 10:31 am

    halah halah sebab jugak plug in dia punya youtube prof muhaya ni? nak monetize bodoh-bodoh ke? gila click jugak ustazah dunia ni.

    • Anonymous

      June 11, 2021 at 8:23 pm

      bahasa tu jgn la kurang ajar sgt…klu prof tu mak ko,ko suka ke org kecam dia dgn bahasa kurang ajar mcm tu..ko xckp pelajaran ke ape…

  5. Dida

    June 11, 2021 at 9:40 am

    Zaman skrg ni. ..day x mcm dlu. ..Zaman dlu berbeza. ..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top