Buat Brownies Cawan Guna Microwave, 5 Minit Dah Siap!

Trending

Buat Brownies Cawan Guna Microwave, 5 Minit Dah Siap!

brownie-in-mug-640-dmPercaya tak kalau boleh menyiapkan resepi brownies dalam masa lima minit sahaja? Resepi mudah ini sangat menyenangkan dan sedap.

Siapa yang pertama kali ingin membuat brownies, anda perlu cuba resepi ini kerana pastinya akan menjadi dan rasanya juga sedap.

Advertisement

Apa yang penting, anda hanya perlu menggunakan ketuhar gelombang mikro yang anda selalu gunakan untuk memanaskan makanan itu sahaja.

Bahan-bahan:
50gm tepung gandum
70gm gula
2 sudu besar serbuk koko
Sedikit garam
Sedikit serbuk kayu manis
60ml air
2 sudu besar minyak masak
1 atau 2 titis esen vanila
1 skop ais krim atau krim putar untuk hiasan

Cara penyediaan:
1. Masukkan tepung gandum, koko, garam dan serbuk kayu manis ke dalam gelas seramik. Kacaukan sehingga rata dan tidak bergumpal.

brow1

2. Tambah minyak masak, esen vanilla dan kacau sehingga sebati.

brow2

3. Masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro sehingga campuran tadi masak sepenuhnya ataupun selama 1 minit 40 saat.

brow3

4. Kemudian keluarkan dan biarkan sejuk seketika. Kemudian hiaskan dengan aiskrim dan krim putar di atasnya mengikut citarasa anda!

Memang senang sangat. Adik-adik pun boleh cuba buat. Simple je ni..

Selamat mencuba!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...