Buku puisi yang ditulis oleh pelakon Daiyan Trisha telah menerima banyak kritikan dan respon negatif daripada kalangan netizen di laman X baru-baru ini. Buku tersebut didakwa tiada unsur keaslian dalam penulisan.
Tidak original
Berdasarkan hantaran yang dikongsikan oleh individu tersebut, dia mendakwa puisi yang dihasilkan oleh Daiyan ini berinspirasi daripada penulisan Rupi Kaur yang terkenal sekitar tahun 2018.
Tulisan By Daiyan Trisha sangat membosankan. Rupi Kaur 2018 terapkan konsep yang sama tapi Rupi lebih baik dari puisi ni.
Macam mana ni boleh original. Saya dah baca sekurang-kurangnya 100 variasi puisi-puisi di Tumblr sejak 2011. Orang sanggup bayar untuk ni ke?
tulisan by d****n tr***a is so ass 😭 rupi kaur circa 2018-core but even rupi’s were better than whatever these… “poems” are pic.twitter.com/J7xNKtjl0K
— thia 🐈⬛ (@theiafaayhac) May 7, 2024
Netizen tak puas hati
Selain itu, netizen juga meninggalkan komen sama yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap karya aktres jelita itu. Menurut mereka, Daiyan sepatutnya meneruskan kerjaya sebagai selebriti dan bukan sebagai seorang penulis.
Ni Google pun jumpa. Takyah penat selak page satu-satu ayatnya 2-3 baris.
Buat bazir kertas je with these talentless writings.
Kalau kau artis tak semestinya kau boleh buat puisi, keluarkan buku..ni lah kalau sekadar mahu mencuba.
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.