“Buat Apa Simpan Saya Lagi Kalau Nafkah Pun Tak Bagi?” – Linda Hashim

Hiburan

“Buat Apa Simpan Saya Lagi Kalau Nafkah Pun Tak Bagi?” – Linda Hashim

Proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) di antara pelakon Linda Hashim dan Beego yang diadakan di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan semalam tidak berjaya selepas aktor berkenaan tidak hadirkan diri.

Menurut peguam Linda iaitu Nurul Fadzilah Kamaluddin, terdapat isu berkenaan lafaz taklik yang dibangkitkan semasa JKP dan kes ditangguh kepada 22 Oktober depan.

Advertisement

Linda Hashim

Benda tak baik, eloklah buang cepat cepat

Dalam pada itu, aktres berusia 41 tahun itu akui tidak terburu-buru mahu bercerai sebaliknya hanya mahu tenang melalui segala proses yang ditetapkan mahkamah.

Tambahnya, selepas berulang kali ke mahkamah tindakan yang diambil hanyalah untuk mengesahkan kedudukan status rumah tangga memandangkan lafaz taklik telah dilanggar.

Benda yang tak baik, elok kita buang cepat-cepat. Tapi sekali lagi saya nak tegaskan, saya tak tergesa-gesa. Daripada awal saya ikut je apa yang mahkamah tetapkan.

Buat apa simpan kalau tak bayar nafkah

Linda turut mendedahkan punda dia mahu berpisah adalah kerana Beego didakwa culai menunaikan tanggungjawab dan hanya membayar nafkah anak RM300.

Dah berbulan-bulan, bukan sekarang saja, malah sebelum ini lagi. Jadi untuk apa nak simpan saya lagi kalau nafkah pun tidak diberi. Itu sebabnya saya nak dilepaskan.

Ujar Linda lagi, ikutkan hatinya dia mahu cepat bergelar ibu tunggal agar dapat meneruskan kehidupan bersama anak-anak dengan tenang.

Tambah Linda, anak-anak juga jarang bertanya tentang Beego kerana sudah terbiasa dengan ketiadaan bapa mereka itu.

Linda Hashim
2025-08-19 15:05:24

"Saya Warning, Jangan Ganggu Hidup Saya.." - Tak Balik Rumah 9 Bulan, Linda Hashim Dakwa Dipukul Beego

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...