Baru-baru ini pelakon drama Rahsia Hati Perempuan, Fikry Ibrahim mendapat pujian netizen apabila “menutup” aurat Uqasha Senrose dengan menyunting foto aktres itu pada bahagian rambutnya sebelum di muat naik ke akaun Instagramnya.
Rata-rata netizen menganggap Fikry sebagai seorang lelaki yang sangat baik, prihatin dan menghormati kaum Hawa. Apa yang dilakukan oleh beliau itu patut menjadi contoh buat orang lain diluar sana.
Sedar tindakan beliau itu menjadi tumpuan ramai kini, Fikry menerusi portal mStar Online memberitahu tujuan beliau mengaburkan foto tersebut kerana tidak mahu menanggung dosa orang lain.
Buat apa saya nak tanggung dosa orang lain. Selagi boleh dielak, saya akan cuba elak. Kalau saya tak muat naik foto dia, takut nanti jadi salah faham. Jadi nak atau tak nak, saya terpaksa kaburkan rambut dia. Saya ada baca juga komen netizen yang mempertikaikan kenapa saya buat macam tu. Tak kisahlah mereka nak kata apa. Tapi selagi saya boleh elak, saya akan cuba.
Fikry juga mempunyai prinsip untuk tidak melakonkan sebarang babak bersentuhan dengan pelakon wanita. Bagusnya Fikry ada pendirian sendiri dan mencuba yang terbaik untuk mengelak daripada membuat ataupun menanggung dosa orang lain. Salute! Semoga terus berpegang teguh dengan prinsip anda.

Anonymous
May 21, 2018 at 1:59 pm
memang bagus fikry apa yg kau buat.. tapi jgnlah sampai mengaibkan org lain yaa..
Anonymous
May 21, 2018 at 9:08 am
movie 6 enam tu tak bersentuhan ke dengan janna nick???
milah
May 20, 2018 at 9:20 am
pelik.. kalau tak nak tanggung dosa org lain, jgn la jadi pelakon dik. Awk berlakon bersama pompuan, bertudung atau tak ttp salah sbb bukan muhrim pon. Sekadar menutup aurat di ig awk, tp drama yg awk berlakon dgn mereka bersepah di sana sini. Tak nak tanggung dosa, elakkan dr menghampiri bnda yg berdosa. masuk la akar ke, polis ke, bdn tegap sesuai sgt jdi anggota keselamatan negara.
Mulan merah
May 19, 2018 at 12:53 pm
Good guy fikry! ??
geram
May 18, 2018 at 5:48 pm
apa benda tah kena tanggung dosa orang? uqasha siapa je dengan kau sampai dosa dia pun kau rasa kau kena tanggung? aduiii
Yekeni
May 19, 2018 at 1:05 am
Kalau dia yang post gambar yg tak bertudung tu, dia lah tanggung dosa sebab post gambar yg menunjukkan aurat seseorang. Itu maksud dia. Haishhh…
mak c kina
May 19, 2018 at 9:32 am
bkn dia tanggung dosa uqasha tp tanggung dosa post gmbr wanita xbertudung…lain kali hadam dlu mksd yg nk disampaikan..blaja lg ye dik…