Buat Apa Saya Nak Tanggung Dosa Orang Lain – Fikry Ibrahim Respon “Tutup” Aurat Uqasha Senrose

Hiburan

Buat Apa Saya Nak Tanggung Dosa Orang Lain – Fikry Ibrahim Respon “Tutup” Aurat Uqasha Senrose

Baru-baru ini pelakon drama Rahsia Hati Perempuan, Fikry Ibrahim mendapat pujian netizen apabila “menutup” aurat Uqasha Senrose dengan menyunting foto aktres itu pada bahagian rambutnya  sebelum di muat naik ke akaun Instagramnya.

Advertisement

Rata-rata netizen menganggap Fikry sebagai seorang lelaki yang sangat baik,  prihatin dan menghormati kaum Hawa. Apa yang dilakukan oleh beliau itu patut menjadi contoh buat orang lain diluar sana.

Sedar tindakan beliau itu menjadi tumpuan ramai kini, Fikry  menerusi portal mStar Online memberitahu tujuan beliau mengaburkan foto tersebut kerana tidak mahu menanggung dosa orang lain.

Buat apa saya nak tanggung dosa orang lain. Selagi boleh dielak, saya akan cuba elak. Kalau saya tak muat naik foto dia, takut nanti jadi salah faham. Jadi nak atau tak nak, saya terpaksa kaburkan rambut dia. Saya ada baca juga komen netizen yang mempertikaikan kenapa saya buat macam tu. Tak kisahlah mereka nak kata apa. Tapi selagi saya boleh elak, saya akan cuba.

Fikry juga mempunyai prinsip untuk tidak melakonkan sebarang babak bersentuhan dengan pelakon wanita. Bagusnya Fikry ada pendirian sendiri dan mencuba yang terbaik untuk mengelak daripada membuat ataupun menanggung dosa orang lain. Salute! Semoga terus berpegang teguh dengan prinsip anda.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...