“Buat Apa Saya Nak Minta Maaf? Tak Masuk Akal Langsung” – Man Senoi Enggan Mohon Maaf Pada AC Mizal Dan 4U2C

Hiburan

“Buat Apa Saya Nak Minta Maaf? Tak Masuk Akal Langsung” –  Man Senoi Enggan Mohon Maaf Pada AC Mizal Dan 4U2C

Komposer Man Senoi menegaskan bahawa dia tidak perlu mendapatkan kebenaran daripada kumpulan 4U2C untuk memuat naik lagu-lagu ciptaan dan miliknya ke platform digital kerana hak tersebut adalah miliknya sepenuhnya.

Beliau juga menyatakan tiada keperluan untuk dirinya dan isteri membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung isu hak cipta lagu seperti yang didakwa.

Advertisement

Man senoi

Bercakap kepada BH Online, Man Senoi menyifatkan permintaan yang dibuat oleh 4U2C sebagai tidak masuk akal dan memilih untuk tidak mengulas lanjut kerana tidak mahu memberikan publisiti percuma kepada kumpulan tersebut.

“Untuk apa saya dan isteri mohon maaf? Bagi saya permintaan itu langsung tidak masuk akal. Selepas ini, saya tidak mahu buat kenyataan lagi kerana tidak mahu beri publisiti secara percuma kepada mereka (4U2C),” katanya kepada BH Online dan NST.

Mengulas lanjut, Man Senoi berkata 4U2C masih boleh menyanyikan lagu-lagu ciptaannya secara langsung menggunakan alatan muzik atau band, namun bukan menggunakan rakaman muzik asal atau minus one yang dihasilkannya sendiri.

“Mereka tak boleh guna muzik asal, namun kalau mahu gubah muzik baharu, tiada masalah,” jelas Man Senoi lagi.

Mengulas dakwaan AC Mizal kononnya dia membelakangkan 4U2C dalam proses memuat naik lagu ke platform digital, Man Senoi menegaskan bahawa tindakan memuat naik lagu ke platform digital adalah haknya sebagai pemilik karya dan tidak memerlukan persetujuan sesiapa.

Dalam masa sama, Man Senoi turut mengingatkan bahawa Zman Productions adalah pemilik dan pemegang sah bagi 25 rakaman bunyi lagu 4U2C, sekali gus menafikan dakwaan bahawa beliau hanya memiliki hak ke atas 9 lagu daripada 3 album kumpulan tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

fazura hisyam hamid
26 mins ago

"Mana Tahu Kan Suatu Hari Nanti, Mudah-Mudahan" - Fazura Sifatkan Hisyam Hamid Sebagai 'Family Man'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : BH Online

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...