Buat Apa Keluar Akhbar Untuk Tayang Baju Dan Beg Tangan? Saya Tidak Gila Publisiti – Sheila Majid

Hiburan

Buat Apa Keluar Akhbar Untuk Tayang Baju Dan Beg Tangan? Saya Tidak Gila Publisiti – Sheila Majid

Siapa yang tidak kenal dengan ratu jazz negara, Datuk Sheila Majid? Sheila antara artis lagenda yang sering memukau penonton setiap kali beliau membuat persembahan. Namun, agak jarang kita membaca berita mengenai beliau di akhbar mahupun di media sosial.

Advertisement

Berbicara mengenai perkara itu, Sheila berkata beliau bukanlah seorang yang terlalu menagihkan publisiti dan menjaja kisah peribadinya kepada umum.

Saya jarang keluar surat khabar. Sekiranya saya ada benda baru  dalam seni  baru keluar. Kalau setakat hendak keluar tunjuk baju, cerita anak-anak, saya bukan seperti itu. Saya sangat menghargai kerja seni saya.

Tapi kalau tiada benda hendak cakap pasal seni, tidak payahlah keluar (media). Untuk saya, buat apa hendak tunjuk beg tangan? Apabila orang tanya ‘kenapa kamu tidak suka publisiti?’,  saya jawab bukan saya tidak suka publisiti, tiada apa hendak dikatakan . Tetapi kalau ada album, ada projek baru, kena dengan kerjaya saya; ya, saya keluar dalam surat khabar.

Sheila berpendapat seseorang artis itu harus memastikan dirinya mempunyai bakat dan kualiti yang  baik  untuk melayakkan nama dan ceritanya  ditulis di akhbar dan bukanlah kerana gosip ataupun kontroversi.

Kita perlu didik masyarakat, wartawan perlu tapis. Sekarang, semua pun artis (ada pengikut ramai di media sosial) . Artis adalah orang berseni.  Pengikut ramai itu popular. Beza jadi popular atau jadi karyawan.

Kamu (artis) mahu masuk surat khabar? Kamu kena pastikan kamu layak ditulis di surat khabar untuk orang ramai baca dan kamu ada bakat.

Kata-kata yang agak mendalam daripada artis lagenda buat artis-artis lain diluar sana. Pengalaman Datuk Shiela Majid dalam bidang seni tidak perlu dipersoalkan lagi dan semestinya beliau sentiasa mengekalkan nilai eksklusif dirinya.  Nasihat beliau ini agak berguna untuk  selebriti yang mahu mengukuhkan nama mereka dalam bidang seni.

Sumber Berita : The Malay Mail Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...