Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Buat Apa Buka Penyertaan Luar Kalau Kemenangan Dipertikai – Siti Nurhaliza

siti nurhaliza han byul

Seperti yang dijangka ramai penyanyi dari Korea Selatan, Han Byul dinobatkan sebagai juara program realiti Big Stage musim kedua. Namun, kemenangannya dipertikai oleh sesetengah netizen yang menganggap Han Byul tidak layak dinobatkan sebagai juara kerana dia adalah penyanyi luar dan seharusnya berikan peluang kepada penyanyi tempatan yang lebih berbakat.

siti nurhaliza han byul

Advertisement

Bersuara mengenai isu tersebut, Datuk Seri Siti Nurhaliza selaku juri tetap Big Stage 2 berkata, kemenangan Han Byul tidak wajar dipertikai kerana program itu lebih kepada penilian bakat yang ada pada peserta. Tiada langsung istilah mengetepikan anak seni tempatan.

 

Muzik ini universal, kita berkongsi bakat dan mempertaruhkan bakat di pentas ini. Bukan buka penyertaan untuk negara lain tapi kita nak juga peserta negara kita menang. Itu bukan persaingan namanya.

kemenangan han byul dipertikaihan byulhan byul big stage 2

Persaingan sihat apabila kita menilai secara telus dan dijadikan ini sebagai salah satu cabaran dan peluang untuk artis tanah air kita belajar.

Advertisement

Pada masa yang sama, Siti Nurhaliza turut berkongsi pengalamannya bersama penyanyi terkenal, Misha Omar yang pernah menyertai pertandingan nyanyian di luar negara. Mereka meraih kemenangan kerana juri telus menilai berdasarkan bakat mereka

han byul juara big stage 2

Macam pertandingan saya dengan Misha Omar (juri jemputan), kita pernah pergi bertanding di satu pertandingan nyanyian di Shanghai, China dan kami berlawan dengan peserta tempatan.

Tapi disebabkan juri menilai lagu itu secara telus, saya dan Misha dipilih menjadi juara. Jadi dalam hal ini, tidak ada masalah siapa yang menjadi juara, meskipun orang luar.

siti nurhalizaPadu betul respon dan pandangan daripada seorang penyanyi yang berpengalaman. Janganlah kita terlalu negatif dan cuba untuk mempunyai minda yang terbuka.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Foto : Kaki Foto & Official Ria X

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

7 Comments

  1. [email protected]

    October 9, 2019 at 8:50 am

    Dah memang Han Byul tu konsisten ye. Malu lah sikit. Shila Amzah menang kat China korang agung-agungkan juga. Han Byul dan Neeta sama sama konsisten. I was hoping Neeta menang tapi hakikat nya Han Byul memang dalam liganya tersendiri. All those hard work and struggle while doing trainee years memang shown.

  2. Anonymous

    October 9, 2019 at 8:37 am

    yelah mak iti,…

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top