Penyanyi Caprice baru-baru ini tidak ketinggalan menyambut sambutan Hari Bapa yang diraikan pada tanggal 18 Jun lalu.
Menerusi media sosial penyanyi lagu Baby Sayang ini, dia dilihat memberikan ucapan Hari Bapa kepada semua insan bergelar bapa di samping berkongsi momen bersama anak tirinya, Aleesya Sofea.
View this post on Instagram
Dalam kegembiraan tersebut, seorang netizen tampil menyindir Caprice yang sebelum ini mendirikan rumah tangga bersama isteri, Farra Inalis yang bergelar ibu tunggal anak satu.
Anak orang pun ngaku anak dia. Buat lah anak sendiri bro lebih afdhal. Eh lupa pulak nikah dulu come in package.
Tidak mendiamkan diri, Caprice kemudian mendedahkan profil media sosial wanita itu di ruangan Instagram miliknya dan juga Instagram Story.
Isteri Caprice, Farra turut meluahkan rasa kesal dengan sikap wanita muslim yang sewenang-wenangnya meninggalkan komen mengguris hati orang lain.
“Profile bertudung sopan ayu je, tapi sayang semua tu topeng sahaja. Orang macam ni la selalunya mencemarkan image Islam” komen isteri Caprice di ruangan komen.