“Buat Amal Lagi Baguslah” – Pertikai Masyarakat Sering Berjalan Hujung Minggu, Teruk Lelaki Ini Dikecam

Kehidupan

“Buat Amal Lagi Baguslah” – Pertikai Masyarakat Sering Berjalan Hujung Minggu, Teruk Lelaki Ini Dikecam

Hujung minggu merupakan hari yang paling dinanti-nantikan setiap orang kerana itulah hari yang membolehkan mereka untuk meluangkan masa bersama orang tersayang.

Kebiasannya perkara yang sering dilakukan adalah seperti keluar berjalan-jalan di pusat membeli-belah, food hunting dan pelbagai lagi cara kreatif yang dilakukan.

Advertisement

Namun, baru-baru ini tular satu ciapan di Twitter yang dilakukan oleh seorang pengguna meluahkan rasa tidak senang melihat masyarakat lebih memilih untuk ‘berjimba’ daripada melakukan amalan-amalan baik.

Dalam pada masa yang sama, jejaka itu turut berkata masyarakat Melayu yang melakukan hal-hal berkenaan mempunyai satu ‘penyakit’. Dimana dia melabelkan mereka dahagakan hiburan untuk memberi ganjaran pada diri sendiri.

Menurutnya, banyak hal yang lain perlu dilakukan oleh masyarakat seperti menghadiri majlis ilmu, menziarahi keluarga dan amalan-amalan yang lain. Jika tidak lakukan, dia dakwa masyarakat sama saja seperti orang kafir yang hanya sekadar hidup.

Perkongsiannya itu telah menerima pelbagai kecaman daripada orang ramai, dimana rata-rata mengkritik pandangan lelaki berkenaan.

komen twitter

komen twitter

Kesemua warganet yang meninggalkan komen di bawah ciapan berkenaan berpendapat kata-kata yang dilemparkan oleh jejaka itu seakan-akan ingin memberitahu kepada orang ramai bahawa dirinya terpaling banyak ‘amal’.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Rumah Bonda Rina Harun
6 bulan lalu

(VIDEO) “Terbongkar Jua” - Siti Bainun Saman JKM KL, Individu Ini Dakwa Rina Harun Subahat Lindungi Rumah Bonda

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...