Awal pagi tadi, seorang lelaki yang merupakan content creator selepas dikesan berpakaian seperti wanita dan membuat siaran langsung di sekitar Bandar Hilir, Melaka.
Memetik laporan Kosmo! Online, pengarah JAIM iaitu Datuk Md Azhan Samat berkata, lelaki yang berusia 25 tahun itu ditahan kira-kira pukul 1.30 pagi tadi oleh sepasukan pegawai selepas pihaknya menerima laporan daripada orang awam.
Ketika pemeriksaan, lelaki berkenaan didapati memakai blaus labuh berwarna ungu, lengkap dengan rambut palsu, sanggul, kasut wanita serta anting-anting.
Kesemua barangan tersebut telah disita untuk dijadikan bahan bukti, manakala individu terbabit dibawa ke pejabat JAIM bagi tujuan dokumentasi dan siasatan lanjut.
Mengulas lanjut, beliau memberitahu pengadu yang membuat laporan tersebut berasa tidak selesa dengan tindakan lelaki itu yang dipercayai mempromosikan serta menormalisasikan budaya lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) secara terbuka.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.