Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Buat Akaun TikTok, PU Azman Dikecam Netizen – “Nak Dedah Aurat, Tak Payah Tunggu TikTok..”

Penceramah bebas, PU Azman ataupun lebih dikenali sebagai Cik Man dalam kalangan peminat baru-baru ini telah mengumumkan bahawa dia kini sudah mempunyai akaun TikTok.

Meskipun begitu, lain pula pandangan netizen apabila sesetengah mereka berpendapat bahawa aplikasi tersebut bukanlah sebuah platform yang baik walaupun niat PU Azman hanya sekadar menyebarkan dakwah kepada peminat.

Advertisement

Tambah mereka, TikTok lebih sinonim kepada anak muda yang ingin berhibur dan dipenuhi dengan video-video tidak elok untuk dilihat seperti gambar perempuan yang tidak menutup aurat dan pelbagai lagi. Netizen turut menyarankan supaya penceramah itu membuka saluran Youtube berbanding TikTok.

View this post on Instagram

Cik Man baru buat tadi. Masih noob di TIK TOK ? . . Takperlah. Kreatif atau tak, tu soal kedua. Yang penting, dapat mengisi ruang dengan info bermanfaat. . Kalau korang ada cadangan, pengisian bentuk macamana sesuai di TIK TOK ni. . Yang pasti, aku tak nak gelek.

A post shared by PU Azman (@puazmanofficial) on

Namun begitu, PU Azman tidak melatah dengan teguran tersebut malah tampil memberi penjelasan mengenai keputusannya untuk membuka akaun tersebut. Tidak menafikan pelbagai perkara negatif ditayangkan di platform tersebut, namun sebagai pengguna yang bijak, mereka haruslah memperbetulkan niat masing-masing.

“Ada orang cakap TikTok tempat tengok dedah aurat. Memang tak dinafikan. Dedah aurat ni tak payah tunggu TikTok. Dalam semua media sosial pun ada. Kau yang tentukan niat kau pergi sana. Dah kau mencari, memanglah dapat. Kau Asyik terperangkap dengan persepsi, tapi kau sendiri tak ubah,”

Advertisement

Terbaru, PU Azman dilihat meluahkan pandangannya menerusi video TikTok pertama di entri terbaru ruangan Instagramnnya. Meninjau ruangan komen, netizen rata-rata bersetuju dengan pendapat Cik Man mengenai niat seseorang apabila ingin melakukan sesuatu dalam kehidupan seharian.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama