Buat Adegan Bercium Ghairah Dengan Pelakon Lelaki, Peminat Dakwa Kajol & Ajay Devgan Dah Bercerai?

Hiburan

Buat Adegan Bercium Ghairah Dengan Pelakon Lelaki, Peminat Dakwa Kajol & Ajay Devgan Dah Bercerai?

Pelakon Bollywood, Kajol baru sahaja mengumumkan tarikh tayangan drama bersiri terbarunya dan ia membuatkan ramai teruja kerana aktres ini membuat kemunculan semula selepas lama ‘hilang’ dari skin besar.

Belum lagi ditayangkan, drama bertajuk The Trial itu meraih perhatian peminat disebabkan aksi berani Kajol bersama pelakon lelaki di dalam drama berkenaan.

Advertisement

Difahamkan, terdapat adegan Kajol mencium aktor, Alyy Khan dan ia mengejutkan ramai kerana aktres itu dikatakan mempunyai polisi untuk tidak bercium dalam lakonan sejak 29 tahun lalu.

Adegan hangat itu telah dimuat naik di Twitter dan mendapat reaksi pelbagai daripada warganet dan ada pula yang membuat andaian bahawa Kajol telah bercerai dengan Ajay Devgan.

Mana tidaknya, pasangan selebriti ini pula memang sering dilanda pelbagai isu dalam rumah tangga dan peminat sendiri pun sudah tidak terkejut dengan berita penceraian itu.

Malah, Ajay pula dikhabarkan mempunyai hubungan sulit dengan pelakon wanita bernama Kangana Ranaut.

Bagaimanapun, sebenarnya video adegan hangat itu bukanlah dilakukan oleh Kajol kerana sudah berpisah dengan suaminya dan pasangan berkenaan masih lagi bersama.

Malah, peminat yang salah sangka dengan video dimuat naik oleh Kajol yang sebenarnya bertujuan untuk mempromosikan drama tersebut, bukanlah kerana bersedih sudah berpisah dengan Ajay.

ajay kajol

Selain itu kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

chirs
2 years ago

(VIDEO) Tular 'Scene' Dengan Chris Hemsworth, Aaron & Iedil Terlibat Dalam 'Extraction 2'?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...