Buang Sampah Merata-Rata Di Dungun, Dikenakan Kompaun RM10

Trending

Buang Sampah Merata-Rata Di Dungun, Dikenakan Kompaun RM10

dungun

Majlis Perbandaran Dungun akan mengenakan tindakan kompaun serta-merta RM10 kepada orang ramai yang didapati membuang sampah merata-rata di daerah itu.

Advertisement

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun, A Rahman Che Ali berkata, kompaun itu dilaksanakan sebagai usaha mendidik dan memberi kesedaran kepada orang ramaiserta peniaga untuk memelihara kebersihan bandar.

“Apa yang kami lakukan ini bukan hendak mencari keuntungan mahupun menghukum tetapi mahu masyarakat sama-sama menceriakan bandar Dungun,” katanya yang dipetik dari Bernama.

Menurut portal FMT, sepasukan anggota penguatkuasa beruniform akan ditempatkan di beberapa lokasi tumpuan ramai seperti Hentian Bas Kuala Dungun, Pusat Niaga Sura Gate, Taman-taman Rekreasi, Dataran Arena Merdeka dan Pusat Niaga Paka.

Beliau berkata hukuman lebih berat akan dikenakan kepada mereka yang gagal membayar kompaun RM10 iaitu bayaran denda ditingkatkan secara automatik kepada RM500.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...