Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Buang Rahim Kerana Ketumbuhan, Nourul Depp Pesan Agar Wanita Sentiasa Jaga Kesihatan

Nourul Depp

Penyanyi Nourul Depp menerusi sebuah hantaran Instagram miliknya ada berkongsi pengalaman mengenai prosedur menjalani pembedahan pembuangan rahim, baru-baru ini.

Advertisement

Ujar Nourul, perkongsian itu dibuat sebagai rasa tanggungjawab sebagai seorang wanita dalam memberi kesedaran kepada umum mengenai betapa pentingnya pencegahan terhadap sebarang ketumbuhan pada tubuh badan.

View this post on Instagram

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp)

Tambahnya lagi, dia berasa bersyukur kerana ketumbuhan pada rahimnya itu diketahui pada peringkat awal dan dapat mengambil langkah berjaga-jaga untuk menyelamatkan nyawanya.

Meskipun sudah setahun menjalani prosedur pembuangan rahim itu,  Nourul memaklumkan sebarang ketumbuhan yang ada pada tubuh badan harus diperiksa oleh doktor bertauliah.

Advertisement

Saya mahu memberitahu semua orang yang kalau ada benda yang perlu dibuang, buanglah. Jangan simpan. Benda ketumbuhan seperti itu akan membawa kepada yang tidak baik. Menerusi gambar organ yang saya muat naik, ada beberapa nodul kelihatan. Selepas doktor periksa, tiada sebarang ketumbuhan yang boleh akibatkan kanser. Alhamdulillah dapat kesan pada peringkat yang sangat awal. Apa pun kita kena jaga diri.

Dia dalam pada itu turut menitipkan pesanan kepada mereka di luar sana terutamanya wanita agar sentiasa berhati-hati dan peka dengan sebarang kelainan pada kesihatan diri masing-masing.

View this post on Instagram

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp)

Maklum Nourul lagi, disebabkan pengesanan dilakukan pada peringkat awal, organ ovari miliknya tidak perlu dibuang dan memesan agar tidak perlu sedih jika seseorang itu perlu membuang rahim kerana masih diberi peluang untuk menikmati hidup.

“Bersyukurlah kerana Allah selamatkan nyawa anda. bagi peluang hidup dan pengajaran. Buka fikiran anda dan ubahlah cara anda melihat kehidupan.” tulisnya lagi.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. Anonymous

    September 9, 2021 at 10:09 am

    mungkin disebabkan pengambilan herbalife

  2. Anonymous

    September 8, 2021 at 12:15 pm

    Semoga sentiasa istiqomah.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top