“Buang Menteri Yang Dianggap Bahan Jenaka” – Nasihat TMJ Untuk Kerajaan

Trending

“Buang Menteri Yang Dianggap Bahan Jenaka” – Nasihat TMJ Untuk Kerajaan

TMJ-johor

Tunku Mahkota Johor, DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Sultan Ibrahim menasihati kerajaan agar menyingkirkan beberapa orang menteri yang dilihat seringkali dijadikan bahan jenaka.

Advertisement

Menurutnya, tindakan itu perlu dibuat kerana Malaysia memerlukan menteri yang bijak berkhidmat untuk rakyat dan bukan menteri yang lebih mementingkan kepentingan peribadi berbanding kepentingan rakyat.

Dengan rendah diri, saya ingin memberi nasihat untuk Kerajaan, langkah pertama dalam usaha menambah baik sistem adalah dengan mengeluarkan beberapa menteri yang dianggap sebagai bahan jenaka.

Negara kita memerlukan menteri bijak yang boleh berkhidmat kepada rakyat, bukan berkhidmat untuk menampung poket mereka sendiri. Saya berdoa agar keadaan dan kesedaran politik di negara ini akan diperbaiki untuk manfaat rakyat.”, katanya di laman Facebook Johor Southern Tigers.

Namun, Baginda turut berkata sikapnya yang gemar berterus terang turut menimbulkan perasaan kurang senang kepada sesetengah pihak yang berusaha untuk menutup mulutnya.

Apabila saya menyuarakan pendapat, ia tidak bertujuan mencetuskan ketegangan dengan Kerajaan Persekutuan tetapi ia adalah dengan niat untuk bekerja bersama-sama menjadikan negara ini tempat yang lebih baik.

Saya berjanji akan terus bersuara untuk rakyat dan bukannya mencetuskan ketegangan tetapi bekerja bersama-sama memperbaiki bahagian tertentu yang masih lemah kerana ia adalah tugas dan tanggungjawab sebagai Tunku Mahkota untuk berkhidmat kepada rakyat Johor,” ujarnya.

Baginda juga turut menegaskan tegurannya tidak mempunyai sentimen politik tetapi hanyalah teguran seorang putera raja yang sayangkan rakyat.

Saya bukan seorang ahli politik dan saya tidak perlukan sebarang undi. Saya hanya seorang putera yang sayangkan rakyat dan apa yang saya katakan atau lakukan, adalah untuk kesejahteraan mereka,” ujarnya lagi.

Baginda bertitah sedemikian di dalam satu posting Facebook yang bertajuk “POLITIK NEGARA, FAM DAN PERKARA MELIBATKAN BOLASEPAK“.

Selain dari nasihat tersebut Baginda turut memetik mengenai FAM dan juga perkara yang melibatkan bola sepak.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...