‘Malulah’, ‘Tak ada apa kot, ok je ni’, ‘Dalam family aku tak ada pun kanser, takkan la aku kena?’.
Itu mungkin antara kata-kata wanita yang mula merasakan sesuatu yang tidak kena pada bahagian payudara mereka.
Masalah taboo masyarakat, malu, dikatakan membabitkan maruah, takut kehilangan bahagian badan yang menjadi simbol kewanitaan antara punca lain masalah ini.
1 dalam 19 wanita Malaysia
Menurut laman MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia, kanser payudara merupakan kanser utama di kalangan wanita di Malaysia, 1 dalam 19 wanita adalah berisiko. Berbanding 1 dalam 8 wanita di Eropah dan Amerika Syarikat.
Gejala kanser payudara
Tanda paling biasa kanser payudara ialah ketulan atau bengkakan. Ketulan yang tidak sakit, keras dan tidak sekata berkemungkinan besar kanser.
Ada juga ketulan kanser yang sakit, lembut dan berbentuk bulat. Oleh itu sangat penting berjumpa doktor segera apabila ada pembengkakan atau ketulan di payudara.
Tanda lain kanser payudara
1.Bengkak pada sebahagian payudara
2.Kulit jadi berkedut seperti kulit limau
3.Puting masuk ke dalam atau sakit
4.Kemerahan atau berkeruping pada puting atau kulit payudara
5.Lelehan dari puting (kekuningan atau berdarah) selain susu.
6.Ketulan pada bahagian ketiak
Saringan mammogram kesan kanser payudara
Mammogram ialah ujian x-ray payudara. Pemeriksaan ini dibuat kepada wanita yang tiada masalah tetapi berisiko. Pemeriksaan bagi wanita yang ada tanda atau masalah payudara juga akan dilakukan.
Nama Fujifilm Group cukup sinonim dengan bidang fotografi tapi ramai yang mungkin tidak tahu syarikat ini juga bertanggungjawab menghasilkan Digital Mammography Systems.
Raikan Bulan Kesedaran Kanser dengan saringan PERCUMA
Bagi meraikan Bulan Kesedaran Kanser ini, Fujifilm menyediakan saringan mammogram percuma di dua buah hospital bagi golongan Hawa memeriksa kesihatan tubuh badan mereka.
Mereka yang berminat boleh ke menghubungi kedua-dua hospital ini:
CMH Specialist Hospital, Seremban – 06 763 1688
Columbia Asia Cheras – 03 9086 9999
Untuk kempen ini, terdapat 100 slot percuma. Slot percuma ini dikhususkan untuk wanita golongan B40 yang kurang berkemampuan untuk membuat saringan ini sendiri. Diharapkan dengan inisiatif ini dapat menyelamatkan nyawa mereka dengan pengesanan lebih awal.
Mesin mammogram di serata Malaysia
Bukan hanya tanggungjawab sosial korporat, untuk kesedaran kanser payudara ini juga, Fujifilm telah memasang mesin mammogram di pelbagai hospital seluruh Malaysia.
Antaranya di Assunta Hospital di Petaling Jaya, Bintulu Medical Centre di Sarawak serta hospital kerajaan di Slim River, Teluk Intan & Seri Manjung di Perak.
Fujifilm juga merancang untuk meluaskan manfaat kelebihan pengesanan awal ini dengan pemasangan mesin mammogram di Hospital Miri di Sarawak dan CMH Specialist Hospital di Negeri Sembilan.
Jangan lupa juga tonton video kempen kesedaran kanser payudara dari Fujifilm. Kisah hubungan anak-ibu yang menyentuh hati.
Mungkin kisah rekaan, tapi tidak mustahil boleh terjadi kepada kita atau ahli keluarga sendiri, jaid cegah sebelum terlambat. Jom tonton di sini: