Baru-baru ini, pempengaruh dikenali sebagai Adzim Hariz telah berkongsi pengalaman meloyakan ketika dia membeli sate ikan atau lokching di tepi jalan.
Menerusi TikTok, Adzim yang lebih dikenali dengan gelaran Mat Never Zero menceritakan tentang tindakan peniaga tersebut yang pengotor dan tdak mengamalkan kebersihan semasa menjual makanan.
Ujarnya, ketika sedang menunggu pesanan lokching dia melihat sendiri di depan mata bagaimana peniaga itu membuang kahak di tepi longkang dan terus sambung memegang sate ikan dipesannya.
Masa dia tengah masak, dia buang kahak tepi longkang. Aku ingat dia akan basuh tangan lepas itu, rupanya dia pegang dan uruskan sate ikan aku.
@adzimhariz Aku rasa aku takkan makan Lokching setahun lepasni. Tapi aiskrim motor boleh consider lagi #fyp ♬ original sound – Mat never zero
Adzim bagaimanapun berkata dia tidak mempunyai masalah untuk membeli makanan daripada peniaga gerai di tepi jalan tetapi mereka juga perlulah mengutamakan kebersihan.
Perkongsian Adzim meraih perhatian netizen dan rata-ratanya turut menceritakan pengalaman mereka berjumpa dengan peniaga yang pengotor.
Ramai netizen berasa loya dan kembang tekak selepas mendengar kisah dikongsikan Adzim dan bersetuju sebenarnya memang wujud peniaga yang tidak mementingkan kebersihan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.