March 17th, 2014

Memang ramai yang terkejut apabila gambar-gambar Tasha Shilla bersama kekasihnya, Hans mula hilang daripada akaun Instagram pelakon tersebut baru-baru ini. Selalu kalau buang gambar ini satu je puncanya, iaitu perpisahan melanda. Abang Nara pasti ada jejaka di luar sana yang sudah berbunga hati untuk mengorat Tasha Shilla, namun simpan sahaja hasrat anda kerana mereka berdua masih lagi bersama.

tasha shilla dan hans

Berkata kepada Harian Metro hari ini, Tasha memaklumkan langkahnya membuang gambar bersama Hans kerana seringkali menerima komen negatif. Kata Tasha:-

Sebelum ini gambar yang kami muat naik banyak menerima komen negatif. Belajar daripada kesilapan itu, kami sepakat berhenti muat naik gambar berdua sejak minggu lalu. Niat kami mahu elak terus dikecam, tak sangka pula timbul cerita kami sudah berpisah. Banyak benda yang perlu ditapis dan mana gambar yang boleh mengundang persepsi dan komen negatif perlu dielakkan

tasha shilla dan hans

Bagi Abang Nara, tak kongsi gambar di Instagram pun tak apa asalkan anda berdua tahu hubungan masih ok. Kadang-kadang dalam bercinta ini lagi manis tak tunjukkan kesemuanya kepada orang ramai. Simpan sedikit untuk diri sendiri. Biarlah orang nak kata apa, yang penting kita tahu tahap cinta kita. Tak gitu?


Comments are closed.

Loading...