September 6th, 2017

Sesungguhnya Abang Nara memang respek pada Norman Hakim. Walaupun sudah bercerai dengan Abby Abadi, hubungannya dengan bekas isteri masih baik. Mereka boleh keluar bersama-sama, menjalankan aktiviti keluarga bersama-sama, bercuti pun bersama-sama dan menjaga anak pun bersama-sama. Bukan mudah untuk melakukan perkara ini, tetapi Norman Hakim telah menunjukkan satu contoh yang yang wajib diikuti oleh semua pasangan suami isteri yang bercerai.
memey suahaiza
Kebiasaannya apabila suami dan isteri bercerai, anak-anak akan menjadi mangsa. Mereka akan terabai, tidak mendapat kasih sayang secukupnya, bekas suami culas bagi nafkah, bekas isteri tak bagi suami jumpa, gaduh dalam dan luar mahkamah dan banyak lagi. Kesemua itu memberikan kesan negatif kepada mental dan emosi kepada si anak. Kenapa semua ini terjadi? Tak lain tak bukan kerana ego masing-masing. Ikutilah nasihat Norman Hakim di bawah ini:-

Pengorbanan itu memang luas. Bagaimanapun kalau kita kecilkan skop itu untuk keluarga kami ini, ia lebih kepada membuang ego kita dan muhasabah diri dalam menjaga kedamaian, ketenteraman dan ukhuwah antara satu sama lain demi memastikan institusi keluarga terus terpelihara.

Bukan sengaja nak menunjuk-nunjuk, cuma itulah pengalaman saya dan sahabat saya merangkap bekas isteri. Selepas berpisah, kita berusaha menjadi sahabat baik demi kepentingan anak-anak. Kita bawa segmen baharu. Kita perlu fleksibel. Apa juga perkara yang ingin kita mulakan, perlu beri perhatian dan jaga institusi keluarga.

Kita juga melalui fasa biasa dan sering dilalui pasangan yang sudah bercerai, tetapi adakah kita mahu menjadikan anak sebagai mangsa? Atas sebab itu, kita perlu buang ego yang ada dalam diri dan belajar untuk pupuk kesedaran bagi meletakkan keutamaan kepada anak-anak.

Bukan saya seorang yang berusaha, tetapi ini merupakan hasil usaha satu keluarga. Persekitaran kita memainkan peranan penting. Apabila masing-masing memainkan peranan, kita akan jadi saling melengkapi apabila sama-sama menyumbang dan sama-sama bertanggungjawab.

memey suahaiza

Sesungguhnya manusia memang mempunyai ego masing-masing, lebih-lebih lagi pasangan suami isteri yang sudah bercerai. Masing-masing tak nak mengaku kalah. Masing-masing menganggap diri sendiri benar. Akibatnya, anak-anak jadi mangsa pertikaian. Semoga nasihat Norman Hakim ini akan menusuk ke jiwa mereka yang terbabit. Ketepikan ego, fikirkanlah masa depan anak anda. Sumber Kosmo.


Comments are closed.

Loading...