Pelakon yang sinonim dengan watak lucu, Along Eyzendy,42, dilaporkan sedang menderita penyakit buah pinggang yang hanya 19 peratus berfungsi dan tidak sempurna.
Dia yang kini menghidap penyakit tersebut turut meluahkan rasa kesal kerana menyesal tidak melakukan pemeriksaan kesihatan secara kerap sebelum ini.
View this post on Instagram
Menurut Along atau nama sebenarnya Mohd Eyzendy Bin Mohd Aziz ini lagi, kali terakhir dia melakukan pemeriksaan buah pinggang adalah ketika dia berumur 18 tahun.
Pada tahun 2019 yang lalu, ketika dia menjalani pemeriksaan kesihatan pada usia 40 tahun, doktor telah memaklumkan bahawa buah pinggang miliknya telah rosak dan hanya 19 peratus berfungsi.
View this post on Instagram
“Keadaan buah pinggang saya semakin teruk dan saya rasa sekarang memang sudah rosak sepenuhnya.” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, pelakon filem One Two Jaga ini memaklumkan bahawa dirinya bakal menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang dan sudah melakukan beberapa ujian sebelum prosedur berlangsung tidak lama lagi.
View this post on Instagram
Along juga sempat menitipkan pesanan kepada masyarakat di luar sana agar sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan meskipun merasa diri tidak punya apa-apa penyakit namun sebagai langkah awal dalam mengesan penyakit yang terselindung tanpa simptom.
Dia juga sempat memberi semangat kepada mereka yang mempunyai penyakit yang sama seperti yang dialaminya kini agar sentiasa bangkit dan berjuang dalam melawan sakit demi kelangsungan diri dan keluarga tercinta.