Satu kedai roti di Vietnam telah menemui cara untuk menjana keuntungan dari bertan-tan buah naga yang tidak dapat dijual ke China sejak negara itu diserang novel coronavirus.
Buah naga dalam jumlah yang besar gagal dijual di Vietnam, sejak negara itu menghentikan perdagangan dengan China disebabkan kerisauan mengenai coronavirus. Dalam usaha untuk menggunakan lebihan buah-buahan itu, perusahaan Bakeri ABC membangunkan satu resipi untuk menghasilkan roti merah jambu terang, menggantikan 60% air dalam resipi roti dengan puri buah naga, seperti dilaporkan Da Nag Today.
Roti itu kemudiannya digunakan untuk membalut sosej dan dijual. Ia mendapat sambutan hangat di kalangan rakyat Vietnam, yang sanggup beratur panjang bagi mendapatkan roti unik yang lazat itu.
Roti itu bukan saja cantik warnanya, tetapi ia dikatakan sangat lazat di mana ia rangup di luar dan lembut dan gebu di dalam.
Pada saat sukar seperti ini, sangat mengagumkan syarikat itu mampu memikirkan idea yang boleh menghabiskan buah-buahan yang tidak dapat dijual daripada ia rosak begitu saja sehingga berlaku pembaziran.- amazingnara.com via Business Insider