Sedia maklum, bermula 1 Julai, Cukai Jualan Perkhidmatan (SST) diperluaskan kepada beberapa barangan serta perkhidmatan.
Difahamkan, antara barangan yang dikenakan SST adalah buat import, kesihatan swasta, pendidikan swasta, dan banyak lagi.
Bagaimanapun, pihak kerajaan pada minggu lalu memaklumkan terdapat beberapa barangan serta perkhidmatan seperti buah import iaitu epal, oren, kurma dan limau mandarin dikecualikan daripada SST selepas mendengar respon masyarakat.
MBG Fruits kekalkan harga buah mampu milik
Syarikat yang menjual buah import dikenali ramai iaitu MBG Fruits Sdn Bhd memaklumkan pihaknya komited untuk mengekalkan harga buah mampu milik buat pembeli serta berdaya saing dalam memastikan kualiti kekal premium biarpun peluasan SST sudah bermula 1 Julai, semalam.
Menurut Pengarah Urusan MBG Fruits, Adnan Lee, syarikatnya menyambut baik pengumuman Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai SST terhadap buah-buah import yang terpilih.
Selain buah-buahan terbabit (buah import yang dikecualikan SST), kadar semasa duti import dan SST bagi buah-buahan lain yang kami jual seperti avokado, beri biru, ceri, kiwi, buah tin dan plum adalah kekal dengan 5%. Buah naga dan markisa ada kombinasi kadar dan caj berat tertentu, manakala keledek manis kekal sifar SST.
Gunakan kelebihan perjanjian perdagangan bebas
Dalam pada masa yang sama, Adna berkata syarikatnya akan menggunakan kelebihan dari pelbagai perjanjian perdagangan bebas (FTA) untuk mengurangkan kos import dengan negara seperti China, Korea, Jepun, India, Australia, Pakistan, Turkiye, dan Chile.
Ini membolehkan MBG menawarkan buah-buahan pada harga lebih kompetitif.