Negara Brunei Darussalam telah pun melaksanakan hukum hudud baru-baru ini. Salah seorang pelakon kelahiran negara itu, Nina Iskandar yang bertapak di Malaysia telah pun berhijrah memakai tudung sebagai langkah menghormati undang-undang Islam itu. Walaupun kurang popular, penghijrahan pelakon naungan Metrowealth ini harus dipuji kerana tindakannya menunjukkan contoh sokongan rakyat Brunei terhadap undang-undang hudud.
Awal-awal pakai tudung sudah tentu belum sempurna lagi. Masih ada bahagian yang tertonjol dan harus ditutup sepenuhnya. Tak apa, perlahan-lahan kayuh. Sekurang-kurangnya langkah pertama sudah diambil. Yang penting, jangan sekadar bertudung tapi baju pakai ketat tak ingat sampai menampakkan bentuk tubuh seperti sesetengah selebriti. Kata Nina Iskandar menerusi Mstar Online:-
Brunei telah melaksanakan undang-undang syariah dan hudud, jadi sebagai rakyat dan wanita beragama Islam saya mahu membawa imej negara saya atas rasa hormat yang mendalam. Bagaimanapun perubahan saya ini bukan semata-mata kerana undang-undang baharu itu tetapi ia ikhlas dan datang daripada hati sendiri.
Sebelum ini saya sering pakai tudung jika keluar untuk cuba sama ada saya selesa atau pun tidak dan baru-baru ini hati saya terus terbuka untuk terus mengenakan hijab dan saya berasa begitu tenang. Perubahan ini juga sebagai salah satu persiapan untuk diri sendiri kerana jika tidak mulakan sekarang, bila lagi?
Tahniah diucapkan kepada Nina Iskandar atas perubahan ini. Rasanya tak lama lagi pun Nina akan bergelar isteri orang. Jadi baguslah awal-awal dah buat persiapan sebegini. Untunglah bakal suami Nina dapat isteri yang mahu berubah. Bukan senang lebih-lebih lagi kalau bergelar selebriti. Lagi beberapa gambar Nina Iskandar bertudung dengan membaca artikel ini sepenuhnya.