June 2nd, 2020

Nama pelakon terkemuka tanah air, Bront Palarae tiba-tiba hangat diperkatakan di media sosial selepas beliau dkhabarkan memuat naik doa buat ahli politik negara menerusi ruangan di laman Twitter.

bront palarae

Menerusi perkongsiannya, Bront dilihat seakan mendoakan urusan pemimpin berkenaan dipermudahkan dalam usaha membantu rakyat. Namun tweet berkenaan tidak dinyatakan ditujukan secara spesifik kepada sesiapa.

Advertisement

Menurut Bront, buat ahli politik yang berniat sebaliknya, pelakon itu tidak teragak-agak mengaharapkan balasan daripada Allah SWT.

bront palarae

“Buat yang ada niat selain dari itu, mohon kau celakakanlah hidup mereka agar jadi pedoman buat generasi akan datang.”

Ketika ini, industri hiburan tempatan berdepan beberapa perubahan apabila berlaku pertukaran kerajaan daripada Pakatan Harapan kepada Perikatan Nasional.

Antaranya pelantikan bekas pemimpin pertengahan PKR iaitu Zakaria Abd Hamid yang dilantik pada 23 Mei lalu mengetuai Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Advertisement

bront palarae

Situasi ini lebih perit apabila, penggiat seni juga dikatakan berdepan kesulitan untuk mencari pendapatan susulan pelbagai larangan yang menghalang mereka melakukan kerja seperti sedia kala.

Malah penggambaran filem serta drama juga tidak dalam dilakukan sejak arahan Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan pada 18 Mac lalu.

Sumber: Malaysiagazette

Advertisement

3 responses to “Bront Palarae Sindir Ahli Politik?”

  1. Anonymous says:

    bodoh

  2. Anonymous says:

    Dah takde job tu fikirkanla alternative lain. Bukan artis je terkesan dgn covid-19 ni. Org yg dah sedia miskin marhaen lagilah terkesan

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...