Sejak beberapa hari ini, agak kecoh dengan isu mengatakan kerajaan memerlukan 32 unit Toyota Vellfire bagi kegunaan menteri dan pegawai tinggi kerajaan serta 3,000 unit Honda Accord untuk kegunaan pegawai kerajaan. Rata-rata netizen berpendapat bahawa penukaran kereta ini adalah satu pembaziran buat negara, apatah lagi keadaan ekonomi negara juga tidak menentu.
Isu tersebut turut mendapat perhatian pelakon popular, Bront Palarae yang meluahkan pandangannya menerusi laman sosial Twitter.
Menurutnya, kita akan sukar meyakinkan orang dari negara luar untuk membeli kereta buatan tempatan sekiranya pihak atasan sendiri tidak menggunakannya.
Netizen sokong
Ada betulnya apa yang dikatakan oleh Bront, mungkin pihak kerajaan boleh utamakan kenderaan tempatan yang tidak kurang hebatnya. Dapatlah jimat kos dan peruntukan yang ada, boleh disalurkan untuk membangunkan lagi ekonomi negara serta membantu rakyat yang memerlukan. Apa pula pendapat anda tentang isu ini?

Anonymous
January 6, 2020 at 4:54 pm
Bukan xda kereta nasional dah ke?
tipahhhhh
January 6, 2020 at 8:44 am
aku setuju dgn bront. dok laung2 negara kurang duit rakyat kena berjimat, tapi tang depa xnampak pun mana jimatnya. politician never learnt lah, kerajaan berpuluh tahun senang2 digulingkan dgn bila ‘rakyat’ mula annoying, ini kan pula sepenggal? aku hrp rakyat malaysia buka la mata n pilih la mana2 yg boleh buat kerja, ketepikan soal dia dari parti mana.
Mat Kancil
January 4, 2020 at 11:48 am
Itu lah penangan DAP