Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Bront Palarae Batalkan Majlis Resepsi Perkahwinan Di Kuala Lumpur

Pasti Bront Palarae ada sebabnya yang tersendiri untuk tidak memperkenalkan isteri tercinta kepada peminat-peminat dan rakan media. Abang Nara yakin ramai yang mahu melihat wajah si dia yang berjaya mencuri hati Bront. Sayangnya, apabila berita pernikahannya tersebar, Bront mengambil keputusan untuk membatalkan majlis resepsi di Kuala Lumpur.

bront palaraeKata Bront Palarae:-

Advertisement

Memang saya merancang nak adakan resepsi dan jemput kawan-kawan. Tapi sedang saya merancang, tiba-tiba tersebar pula cerita yang saya sudah bernikah. Selepas apa (isu) yang dah berlaku ni, saya tak mungkin akan buat resepsi di Kuala Lumpur. Saya hanya akan buat majlis resepsi di Hatyai sekitar hujung tahun ini

Untuk peminat-peminat Bront, apa kata korang layan video penjelasan daripada empunya badan mengenai pernikahannya yang sempat Abang Nara rakamkan baru-baru ini.

Suatu hari nanti diharap Bront Palarae akan bersedia untuk berkongsi identiti isterinya bersama orang ramai. Mungkin Bront sedang memberikan masa kepada isterinya untuk membiasakan diri dengan dunia hiburan tanah air.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top