Bront Palarae Aktor Terbaik Anugerah Filem Antarabangsa Asean (AIFFA) 2015

Bront Palarae Aktor Terbaik Anugerah Filem Antarabangsa Asean (AIFFA) 2015

Malam tadi telah berlangsung malam Gala Festival dan Anugerah Filem Antarabangsa Asean (AIFFA) 2015 di Borneo Convention Centre Kuching (BCKK) di Kuching, Sarawak. Ia juga menyaksikan pelakon Bront Palarae dianugerahkan trofi Aktor Terbaik untuk filem Terbaik Dari Langit. Filem itu yang diarah oleh pengarah Nik Amir Mustapha turut dinobatkan sebagai filem terbaik ASEAN untuk tahun 2015.

Advertisement

Skrip filem Terbaik Dari Langit ditulis oleh Redza Minhat berkisar mengenai seorang pengarah filem Indie yang menjemput rakan-rakan sekolah asramanya untuk menjalankan penggambaran filem mengenai UFO dengan menjelajah seluruh negara. Pelbagai kejadian berlaku sepanjang perjalanan mereka yang memberikan gambaran mengenai perasaan mereka kini sambil mengimbau kenangan masa bersekolah.

Perjalanan itu juga tanpa dijangka memberikan penyelesaian kepada beberapa konflik yang pernah timbul antara mereka sebelum ini.

Berikut ialah senarai pemenang AIFFA 2015.

Tahniah diucapkan kepada Bront dan team Terbaik Dari Langit. Kita memerlukan lebih filem seperti ini. Mungkin sesuatu dengan kualiti yang sama tetapi lebih bersifat mesra audiens? Apa pun, sekali lagi tahniah diucapkan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...