Nama pelakon Azar Azmi menjadi bahan bualan netizen sejak kebelakangan ini setelah dia dilihat agak lama menghilangkan diri daripada dunia hiburan dan juga media sosial.
Menerusi temu bual bersama wartawan program Melodi, pengurus Azar memaklumkan bahawa aktres itu tidak hilang daripada dunia hiburan tetapi kini sedang berehat panjang.
Dia sihat je Alhamdulillah, makin sihat tengoknya. Cuma apa-apa kalau saya nak berhubung dia saya akan bercakap dengan family dia jugak.
Cuma dia tengah rehat. Jadi, bila artis saya minta rehat, jadi saya kena respect dia.
Menjengah ke ruangan komen, ada netizen tampil membuat spekulasi mengatakan bahawa Azar kini merawat diri setelah patah hati dengan pelakon Fizo Omar.
@melodiberapi Dimana Azar Azmi?? Ada yang Pernah nampak azar tak? Dah lama dia tak update pape, semua peminat tercari-cari & risau kan Azar… #artismalaysia #azarazmi #melodi #tv3 #pru15 #malaysiatiktok #fypdongggggggg #fyp #foryoupage
Kata netizen, Azar memang dilihat rapat dan mesra dengan pelakon itu namun Fizo memilih isterinya kini sehingga membuatkan dia kecewa.
Mungkin sebab dia patah hati dekat Fizo Omar, punya la rancak depa dua sana sini. Last Fizo kahwin dengan orang lain, cinta tak terluah. Fizo anggap kawan-kawan je kot.
Ada juga yang mendakwa Azar kini hamil setelah bernikah secara senyap.
Mungkin dah kahwin masa PKP. Nampak kat ig memang berisi sikit. Sentiasa pakai baju besar. Mungkin dia nak privacy kot dah kahwin ni.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.