Ahli kumpulan Dolla, Syasya Rizal didakwa telah menjadi mangsa pukul seorang lelaki dipercayai kekasih hatinya selepas satu akaun mendedahkan tentang hal itu.
Akaun peminat Dolla itu telah memuat naik satu gambar mempamerkan tangan Syasya yang mempunyai kesan lebam didakwa akibat dipukul individu tersebut.
Peminat Dolla berkenaan turut meluahkan rasa marah kerana artis kegemaran mereka diperlakukan sebegitu malah turut berkata lelaki itu beruntung kerana wajahnya tidak disebarkan.
Bro, ini dah melampau bro. Hang ingat hang sapa nak pukul Syasya sampai macam tu. Tengok muka macam baik sangat, rupanya disebaliknya. Kau berani dengan perempuan je mat.
Dalam pada itu, peminatnya turut memberi kata-kata semangat buat Syasya mengatakan penyanyi tersebut layak mendapat kebahagian dan lelaki yang lebih baik.
Mereka turut berharap agar Syasya tidak kembali bersama lelaki yang sama dan meminta pihak media untuk tidak bertanya kepada penyanyi itu tentang hal terbabit ketika ini kerana dia sedang bercuti bersama keluarga.
Syasya tolong jangan terima dah dia dalam hidup Syasya. Kitorang tak boleh bayangkan macam mana jantan tu pukul awal Sya.
Setakat artikel ini ditulis, tiada kenyataan dikeluarkan daripada pihak Syasya sendiri menerusi akaun Instagram penyanyi berkenaan.