Menerusi live di Instagram baru-baru ini, pelakon Amelia Henderson telah dilabel ‘bajet mat saleh’ oleh seorang netizen yang menonton.
Dia yang kini sedang popular dengan drama ‘Kisah Cinta Kita’ bersama pelakon Aedy Ashraf dilihat terpaku selepas membaca kenyataan tersebut.
Pelakon berusia 26 tahun itu ditegur sering bercakap dalam bahasa Inggeris dan bukan bahasa Melayu. Amelia akui tidak mengerti mengapa ada yang memberi komen sebegitu sedangkan dia memang seorang ‘mat saleh’.
Jelas kelihatan geram dengan dakwaan membuta tulis sebegitu, Amelia membalas,
Bro, aku memang mat saleh bro? Apa maksud kamu bajet mat saleh? I’m half Scottish, Indian dan juga Sri Lankan.”
@iamnaziera Respect sgt amelia ni??? #kisahcintakita #fyp? #foryou #foryoupage #masukberanda #viral #ameliahenderson #aedyameliath #tiktokpemes #fy
Bagaimanapun, di penghujung video Amelia berkata dia tidak memarahi individu tersebut dan menasihati orang lain untuk berfikir terlebih dahulu sebelum memberi komen sebegitu.
Baca: “Tak Pernah Tanya Pun Siapa Pelakon Lelaki” – Amelia Henderson Tak Memilih
Eba Samat
December 29, 2021 at 10:09 am
Ada orang2 Melayu Malaysia pandai condemn antar satu sama lain sbb tu susah nak maju dalam kehidupan. Why don’t u ppl find ways to upgrade ourselves to becoming a first class citizen instead of becoming a first class gossiper….Cari jalan yang halal bukan jalan yang haram.