Britain Perkenalkan Cukai Gula Keatas Minuman Ringan Untuk Kurangkan Masalah Obesiti

Trending

Britain Perkenalkan Cukai Gula Keatas Minuman Ringan Untuk Kurangkan Masalah Obesiti

Sebagai salah satu langkah mencegah obesiti di Britain, kerajaan telah menguatkuasakan cukai gula ke atas minuman ringan di negara tersebut.

Advertisement

Perbendaharaan Britain berkata, cukai yang diumumkan pada Mac 2016 itu sudahpun membuatkan pengeluar minuman bergula mengurangkan kandungan bahan itu sehingga 45 juta kilogram setahun.

Reuters melaporkan, lebih 50 peratus pengeluar telah menghasilkan formula baharu untuk produk masing-masing supaya berada di bawah paras kandungan gula yang ditetapkan.

“Golongan remaja kita secara purata mengambil gula yang banyak setiap tahun terutamanya daripada produk minuman, sekali gus mencetuskan kebimbangan tentang trend obesiti di negara ini.

“Levi industri minuman ringan ini adalah polisi hebat untuk mengurangkan pengambilan gula, selain dapat membekalkan dana untuk program sukan dan acara sarapan berkhasiat untuk kanak-kanak,” ujar Menteri Kesihatan Awam, Steve Brine.

Akibat proses pembikinan semula formula itu, pihak Perbendaharaan menjangkakan levi meningkat hanya kira-kira 240 juta Pound pada tahun pertama, iaitu kurang daripada separuh berbanding unjuran awal sebanyak 520 juta Pound.

Pembuat minuman ringan seperti Coca-Cola, Britvic dan Lucozade Ribena Suntory telah mengubah semula formula mereka.

Sementara itu, peruncit seperti Tesco, Asda dan Morrisons juga telah menyusun semula formula produk minuman bergas mereka untuk menepati paras yang dibenarkan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...