Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

‘Bridal Shower’ Saya Bukan Ikut Budaya Barat – Nelydia Senrose

Kemeriahan majlis ‘bridal shower’ pelakon Nelydia Senrose yang telah diadakan di Ritz Carlton, Kuala Lumpur pada Ahad lalu menarik perhatian ramai. Tentunya, tidak lama lagi beliau akan berkahwin.

Advertisement

Disebalik kemeriahan dan kegembiraan itu, ada segelintir netizen yang mempertikaikan mengapa Nelydia harus terlalu mengikut budaya barat. Bagaimanapun, Nelydia menafikannya dan memberitahu ia sekadar majlis pertemuan bersama rakan-rakan untuk memaklumkan berita perkahwinannya.

Ini majlis pertemuan biasa. Saya aturkan untuk memberitahu secara rasmi akan berkahwin tidak lama lagi kepada jemputan yang terdiri daripada adik-beradik dan rakan perempuan saja. Pada majlis itu saya buat sedikit permainan dan pemenangnya dapat hadiah. Dalam masa sama, saya nak berkongsi momen gembira ini dengan mereka.

Lagipun ini saja masa yang sesuai untuk kami berjumpa sebab saya sangat sibuk dengan kerjaya dan urusan perkahwinan

Ditanya mengenai tindakannya membaling bunga kepada tetamu yang hadir, Nelydia menganggap ia sebahagian daripada permainan sahaja.

Dalam pada itu, Nelydia mengesahkan beliau bakal berkahwin dalam masa terdekat tetapi masih belum bersedia untuk berkongsi butiran lanjut mengenai majlis pernikahannya itu dengan jejaka yang dikenali sebagai Hafiz. Nelydia berharap orang ramai dapat mendoakan agar segala urusannya untuk berkahwin berjalan lancar.

Sumber Berita : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

32 Comments

  1. Mek Ti

    March 6, 2019 at 2:48 pm

    Netizen yg takde keje asik nak judge org, biar la dia nak having fun dgn kawan2 ppuan dia utk menghabiskan masa bujang dia. bukan nya dorg tu pegi church. Lantak lah netizen yg bangang abadi. kalau x suka cara mcm ni baik diam. puih!

  2. ellah

    March 6, 2019 at 2:20 pm

    persetankanlah semua artis2 ni.. depa ada mazhab sendiri. mazhab semua boleh namanya.. korang tegurlah mcmana pon, ade je jawabnya.. baca je cerita depa ni.. percaya jangan.. huhu

  3. Anonymous

    March 6, 2019 at 1:36 pm

    Kan… Tetiba pulak masa nelydia ni buat nak kecoh.. Dh ramai kut buat sebelum ni.. Bukan artis je,org biasa pun buat daa

  4. Anonymous

    March 6, 2019 at 1:26 pm

    bridesmaids yang mcm boria pun bukan budaya melayu pun, ada ja buat… sama ja semua.. bukan tuntutan agama pun, baby shower pun sama, but if they have the money and able to, biaq pi la..

  5. Anonymous

    March 6, 2019 at 12:17 pm

    habistu ikut budaya melayu ke

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama