Brek Lori Tunda Gagal Berfungsi, Tiga Beranak Maut Dan Empat Parah

Kehidupan

Brek Lori Tunda Gagal Berfungsi, Tiga Beranak Maut Dan Empat Parah

Sebuah lori tunda terbabas di Jalan Kimanis-Keningau pada jam 10.15 malam Rabu menyebabkan tiga maut manakala empat cedera parah.

Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Batholomew Umpit berkata, mangsa yang juga pemandu lori terbabit bersama isteri dan seorang anak perempuan meninggal dunia di tempat kejadian.

Advertisement

Tambahnya, tiga perempuan dan seorang lelaki yang juga anak kepada pasangan berkenaan cedera parah dan kesemua mereka telah dikejarkan ke Hospital Papar untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

“Siasatan awal mendapati lori tunda itu membawa sebuah van rosak dari arah Keningau menuju ke Kota Kinabalu dipercayai dipandu laju dan hilang kawalan sebelum terbabas ke arah jalan bertentangan”.

“Lori terbabit kemudian melanggar tebing bukit dan dipercayai brek lori tersebut gagal berfungsi dengan baik”.

“Akibat daripada kemalangan tersebut, pemandu lori tersepit di bahagian hadapan manakala isteri dan anak perempuannya terhumban keluar daripada lori”.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan pada Khamis.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...