July 23rd, 2015

Abang Nara belum pernah mencuba permainan ‘escape’ yang menjadi kegilaan ramai sejak kebelakangan ini. Namun Abang Nara ada mendengar dan membaca pengalaman kawan-kawan yang lain. Memang seronok dan menguji minda permainan ‘escape’ ini. Yang paling popular sudah tentulah BREAKOUT yang kini telah pun mempunyai cawangan kedua di NU Sentral. Dengan tujuh tema dan jalan cerita yang berbeza, mencabar dan menyeronokkan, para pengunjung dan peserta permainan ‘escape’ BREAKOUT ini dijanjikan kepuasan yang tak terhingga.

breakout nu sentral

boss boss BREAKOUT di hari pelancaran pembukaan cawangan kedua ini

Bertempat di tingkat 4 bersebelahan Celebrity Fitness, BREAKOUT cawangan kedua ini telah dibuka secara rasmi pada bulan Mei yang lalu. Antara tema-tema yang menjanjikan otak anda diperah ialah Testament of Tesla di mana anda perlu mengembalikan cahaya ke dunia sambil menyelami detik-detik gelap hidup Nikola Tesla. Selain itu anda juga boleh merentasi masa demi mentafsirkan misteri peninggalan turun temurun dalam bilik Perpetual.

breakout nu sentral

Abang Nara dah masuk ketujuh-tujuh bilik iaitu Dreadnought, Materia Medica, The Testament of Tesla, The War for Rembrandt, Terraform, The Secret of Hocus dan Perpetual ketika majlis pembukaan BREAKOUT NU Sentral ini. Fuh!!! Memang terasa mencabarnya. Klu-klu perlu dicari berdasarkan gambar-gambar, prop-prop dan apa jua barangan yang diletakkan di dalam bilik tersebut. Paling best sudah tentu setiap pemain mempunyai watak mereka yang tersendiri. Di dalam tempoh masa yang diberikan, kerjasama yang cukup dikuatkan untuk membolehkan anda keluar daripada bilik yang dimasuki.

breakout nu sentral

Arja Lee pun layan juga BREAKOUT ini

Sekiranya anda menggemari permainan yang mencabar minda, suka sesuatu yang baru dan suka menyelesaikan masalah, sesungguhnya permainan ‘escape’ BREAKOUT ini memang dicipta khas untuk anda. Abang Nara pun tengah rancang nak pergi dengan kawan-kawan. Lagi ramai lagi meriah. Dan sekiranya anda seorang pelajar, ada diskaun khas buat anda. Cuma perlu tunjukkan kad pelajar sahaja.

breakout nu sentral

Kalau pergi, janganlah pergi sorang-sorang. Bawak kawan ramai-ramai dan boleh main lebih daripada satu bilik. Kalau main 2 kali, akan diberi diskaun sebanyak 25%. Selalunya kalau pertama kali cuba, memang akan gagal. Gunakan diskaun yang diberi untuk cuba sekali lagi. Jangan putus asa. Hehehe.
breakout nu sentral

Cadangan Abang Nara, lepas pergi open house raya hujung minggu ini, terus kumpulkan kawan-kawan untuk mencuba BREAKOUT di NU Sentral. Confirm korang akan seronok dan teruja punya. Maklumat lanjut boleh layari www.breakout.com.my dan follow Instagram @breakoutmy. Lagi beberapa gambar sekitar majlis pelancaran BREAKOUT NU Sentral dengan membaca artikel ini sepenuhnya.


breakout nu sentral
breakout nu sentral
breakout nu sentral
breakout nu sentralv
breakout nu sentral
breakout nu sentral
breakout nu sentral
breakout nu sentral
breakout nu sentral
breakout nu sentral


Comments are closed.

Loading...